web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Festival Rock Borneo 2023 Satukan Search, Wings,  Butterfingers, Hujan

Bertemakan budaya popular dan kontemporari, Festival Rock Borneo janjikan kepuasan kepada pengunjung, peminat tempatan

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 9:44AM

gambar FB Imika Culture

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Festival Rock Borneo 2023 bukan sekadar hiburan semata-mata atau medan untuk penggemar muzik datang berhibur dalam suasana ‘bingit’ dan pulang tanpa meninggalkan impak dan momen indah. Itulah harapan penganjur festival, iaitu Imika Culture.

Festival Rock Borneo 2023 yang direncana berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada 30 Disember depan diharapkan boleh memberi pengalaman dan ilmu baharu yang tidak pernah diperoleh oleh pengunjung pada festival muzik lain.

Kumpulan Wings
Kumpulan Wings

“Selaku penganjur kami sangat berbesar hati untuk merangkumkan antara seni dan budaya lalu membawa tema budaya popular dan kontemporari dalam Festival Rock Borneo 2023.

“Kami mahu Festival Rock Borneo bukan hanya menjadi pesta yang dianjurkan dan mudah dilupakan tetapi mahu menjadi tanda aras terhadap penganjuran festival yang bukan hanya meletakkan hiburan semata-mata tapi perlu memberi ilmu juga mengenai seni dan budaya masyarakat setempat.

“Harapan kami agar Festival Rock Borneo 2023 mencapai matlamat, sekali gus boleh diteruskan penganjurannya pada masa akan datang sebagai medium buat generasi masa kini menikmati hiburan berkelas,” ujar wakil pihak penganjur Imika Culture, Datuk Abdul Rahim.

Amef Band
Amef Band

Festival Rock Borneo 2023 akan menampilkan 30 band terkenal seperti Search, Wings, A.C.A.B, Hujan, dan Butterfingers.

“Sesuai dengan konsep festival ini, kami akan bawakan band-band ikonik bagi mewakili generasi peminat muzik. Search dan Wings adalah dua kumpulan gergasi yang rasanya ‘berdosa’ jika tidak dijadikan barisan utama.

“Selain itu, kami juga membawakan the one and only Butterfingers dan the legendary A.C.A.B khusus buat fanatik mereka di Borneo.

“Hujan pula sudah punya berlapis generasi peminat dan tentu sahaja nama mereka juga besar di sini,” ujar beliau lagi.

Sementara itu, vokalis Search, Amy, menyifatkan penganjuran Festival Rock Borneo 2023 sebagai inisiatif yang cukup baik daripada anak tempatan dalam menyatukan seni serta budaya untuk dihayati oleh pengunjung.

Kumpulan Silversun
Kumpulan Silversun

“Search sangat tertarik dengan konsep Festival Rock Borneo 2023 yang bukan hanya mengangkat muzik rock sebagai ‘jualan utama’ tetapi juga memberi peluang kepada band lokal dan komuniti seni serta budaya yang ada.

“Apa lagi melihat geng line up seperti Wings, A.C.A.B, Butterfingers dan Hujan, tentu Search berasa terhormat untuk menghiburkan semua peminat yang hadir terutamanya di Borneo,” ujar Amy.

Bersama dengan enam band tersohor ini, Festival Rock Borneo 2023 juga akan  dimeriahkan dengan penyertaan kumpulan-kumpulan muzik tempatan. Nama-nama yang akan beraksi adalah Amef, Mahkluk, Silversun, Suka Suki, Markaz79, Beyond My Rage, Dita Darcia, Gutaeters, Measmata dan Melodychain.

Suka Suki
Suka Suki

Festival bermula dari jam 11 pagi sehingga jam 12.00 malam, dan pada sebelah siangnya anda boleh menikmati pelbagai keseronokan lain termasuk pameran permotoran, pengalaman menonton wayang pacak, menyertai pertandingan memasak serta menikmati kraf tempatan.

Tiket-tiket kini sudah mula dijual di www.ilassotickets.com pada harga RM99 hingga RM300. Jika buat pembelian awal untuk kategori ‘general’ yang berharga RM99, anda boleh nikmati penjimatan sebanyak RM20. - Getaran, 8 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

2

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang