web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Len Macam’ Ibarat Metamorfosis Saya Kepada Kayda Yang Baharu - Kayda Aziz Kembali Selepas Setahun Menyepi

Jelas Kayda, sepanjang menyepi, dia telah mengambil masa untuk diri sendiri dengan memikirkan tentang kehidupan dan kerjayanya.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 6:00PM

Kayda Aziz - Gambar PR

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Agak lama juga Kayda Aziz tidak muncul dengan karya single terbaharu.

Namun, sepinya bukanlah disebabkan apa-apa, sebaliknya dia lebih banyak mencari idea atau ilham kreatif untuk karya baharu, menghabiskan masa merakamkan lagu-lagu baharu serta meluangkan masa bersama keluarga tercinta. 

Jelas Kayda yang juga anak kepada penghibur bertaraf antarabangsa, Datuk Sheila Majid ini, sepanjang menyepi, dia telah mengambil masa untuk diri sendiri dengan memikirkan tentang kehidupan dan kerjayanya. 

“Banyak yang telah saya lalui dalam kehidupan peribadi dan juga profesional, kini saya kembali dengan lebih kuat, bijak dan baik dari sebelumnya,” ujar pemilik nama sebenar Wan Nur Khaleda Aziz, 31 tahun.

Ya, selepas setahun, Kayda kini kembali dengan single hip-hop terbaharu berjudul ‘Len Macam’ hasil nukilannya sendiri dengan komposer muda berbakat, DJ Ziqq.

“Saya anggap lagu ini ibarat kelahiran semula saya setelah sekian lama tidak menghasilkan single baharu. Lagu ini menyaksikan transformasi saya sebagai seorang individu yang baharu dan dinaik taraf. 

“Saya sering mendengar rakan-rakan dan keluarga menyebut ayat ‘Len Macam’ ketika berborak, jadi saya rasakan ia idea yang bagus jika dijadikan lagu, manakala melodinya pula terinspirasi daripada lagu yang dibawakan oleh penyanyi Latin antarabangsa, Rosalía,” jelasnya. 

Lagu yang bergenre hip-hop ini ada unsur pop, RNB dan juga muzik reggae yang menambah perisa dalam karya yang easy-listening dan sing-along ini, dan Kayda hanya mengambil masa selama 4 jam untuk merakamkan lagu ini dalam dua versi iaitu Melayu dan Inggeris.

“Selain proses rakaman lagu, rakaman MV (video muzik) berlarutan sehingga 20 jam yang memaparkan pelbagai visual dengan tujuh persalinan yang berbeza oleh pereka fesyen terkenal, Gillian Hung, Afiq M dan pereka hiasan kepala, Bremen Wong.

“Fesyen dan muzik sentiasa seiringan dengan saya, saya mahukan sebuah tema yang ceria dan menarik bagi menggambarkan keraian dan kekuatan, segalanya telah dilaksanakan oleh team Black Visuals Production,” tambah Kayda.

Sebagai anak seni, Kayda berkata, dia mahu menjadi artis multi-genre walaupun memulakan kerjayanya dengan muzik hip-hop, kerana kebanyakan lagu-lagu yang dihasilkannya sebelum ini mempunyai unsur, pop, RNB dan juga dansa.

“Sepanjang berada dalam industri muzik, banyak telah saya lalui, antara cabaran yang sering saya hadapi apabila dilaga-lagakan dengan rakan se-industri, manakala sebagai artis hip-hop saya juga turut dibandingkan dengan penyanyi rap lain yang ada di luar sana. 

“Sebagai seorang wanita, kita  sering berdepan dengan stigma dan mentaliti yang kaum hawa perlu akur kepada lelaki walaupun pintar, berbakat dan bersifat kendiri, ini sedikit sebanyak memberikan tekanan.

“Namun begitu, saya percaya dengan diri sendiri dan sentiasa memperbaiki diri di samping belajar menjadi lebih matang dalam apa jua situasi, anggaplah lagu ‘Len Macam’ ini metamorfosis saya kepada Kayda yang baharu, semoga lagu ini dapat diterima oleh semua, dan juga kepada seluruh penggemar muzik.

Lagu ‘Len Macam’ boleh didengar melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. Manakala MV single ini pula boleh ditonton di saluran YouTube, Kayda. – Getaran, 22 Jun 2023

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Selebriti 22 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN