web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tamat Kontrak Bersama Suria FM Bulan Ini, Anna Aljuffrey Harap Stesen Radio Kekal Jadi Nombor Satu Di Hati Pendengar

Anna yang bertugas untuk mengendalikan segmen Suria Pagi Show setiap Sabtu dan Ahad turut memuat naik sebuah hantaran di Instagramnya untuk memperkatakan tentang pengundurannya itu.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 12:02PM

Anna Aljuffrey - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap sesuatu yang bermula pasti akan akan pengakhirnya. Begitu juga dengan penglibatan Anna Aljuffrey sebagai salah seorang penyampai radio di Suria FM. 

Setelah lebih 15 bulan berkhidmat di stesen radio berbahasa Melayu itu, akhirnya tiba masa untuk Anna Aljuffrey atau Anna J berundur dan mengucapkan selamat tinggal buat stesen radio yang disukai ramai peminat-peminat dewasa itu. 

Aina yang bertugas untuk mengendalikan segmen Suria Pagi Show setiap Sabtu dan Ahad turut memuatnaik sebuah hantaran di Instagramnya untuk memperkatakan tentang pengundurannya itu.

“Selesai sudah tanggungjawab Anna J di Suria FM untuk mengendalikan Suria Pagi Show. Alhamdulillah segmen ni ramai yg menerimanya dengan baik bahkan ada pengikutnya tersendiri. 

“Lepas ni kita bagi laluan utk utamakan Morning Morning Suria pulak ye. Moga sentiasa menjadi nombor satu di hati pendengar. 

“Terima kasih yang tidak terhingga buat bos besar, DJ Lin kerana memberi saya peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Suria FM, sahabat perjuangan dan semua staf Suria. Anda semua nombor satu,” katanya.

Anna turut menitipkan nota kaki yang cukup bermakna di dalam hantaran tersebut. 

“Sehebat apapun usaha yang kita lakukan, tidak akan melampaui batas rezeki kita. Kerana Allah sudah mengatur dan membaginya. Tugas kita berusaha dan berdoa. Insyaa Allah”. 

Hantaran yang dimuat naik Anna itu mendapat banyak komen daripada peminat-peminatnya. Ada yang mengucapkan kata-kata semangat buat diri nya dan tidak kurang juga yang menyuarakan rasa sedih mereka.

Sementara itu, pegawai perhubungan awam di Suria FM mengesahkan bahawa Anna bakal meninggalkan stesen radio tersebut. 

“Anna akan meninggalkan Suria FM selepas kontraknya tamat pada bulan ini,” katanya secara ringkas. 

Anna Aljuffrey atau nama sebenarnya Syarifah Nur Farhana Syed Talib, 32, mula berkhidmat sebagai penyampai radio di Suria FM pada 14 Mac 2022. – Getaran, 19 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...