Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Biarpun Hanya Bawa Parodi Dolla - ‘Raya Raya Raya’, The Dollah Akui Sukarnya Menari Dan Jadi Penyanyi Rakaman

Menggelar diri sebagai ‘The Dollah,’ gabungan lima TikTokers popular dianggotai oleh Wanchai, Farihinarnia, Yeet, Adam Bakery dan Black, bagaimanapun akui teruja apabila dapat memparodikan semula lagu tersebut dengan gaya tersendiri.

Muzik Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 7:08PM

The Dollah yang merupakan gabungan lima TikTokers popular mengakui begitu teruja apabila dapat memparodikan lagu 'Raya Raya Raya' dengan gaya tersendiri untuk peminat - Gambar ihsan Universal Music Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sepanjang sambutan raya, pasti anda telah dihiburkan dengan lagu parodi raya girl group sensasi Malaysia, Dolla berjudul ‘Raya Raya Raya’ telah dinyanyikan semula, The Dollah iaitu lima jejaka  pempengaruh platform TikTok yang telah menjadi viral. 

Dibarisi Wanchai, Farihinarnia, Yeet, Adam Bakery dan Black, The Dollah yang merupakan gabungan lima TikTokers popular mengakui begitu teruja apabila dapat memparodikan lagu tersebut dengan gaya tersendiri untuk peminat.

Menurut The Dollah, pelbagai idea telah cuba mereka perolehi untuk mencipta  sebuah lagu baharu bagi Aidilfitri tahun ini,  susulan mereka mempunyai 5 juta pengikut secara keseluruhan di aplikasi TikTok.

Namun, disebabkan personaliti masing-masing yang happy go lucky dan kelakar, maka tercetuslah idea untuk mereka memparodikan lagu yang sudah ada berbanding merakamkan lagu baharu.

Mengenai pemilihan lagu 'Raya Raya Raya' oleh Dolla pula, The Dollah berkata, lagu berkenaan memang popular dan mendapat sambutan baik pendengar sejak ia dilancarkan pada 2021.

“Namun, kami telah mengolah liriknya agar ia menjadi lebih rancak dan sesuai dengan perwatakan The Dollah yang lucu berserta muzik video yang mencuit hati penonton,” katanya. 

The Dollah yang baru sahaja ditubuhkan sempena  untuk projek lagu parodi ‘Raya Raya Raya’ nyanyian asal Dolla dengan judul ’Raya Raya Raya 2.0’ yang merupakan kerjasama antara FYP Media yang dinaungi kelima-lima Tiktokers bersama Universal Music Malaysia.

Bagi Wanchai, 24, pastinya projek 'Raya Raya Raya 2.0' memberikan keterujaan memandangkan ini merupakan gandingan perdana mereka berlima sementelah selama ini hanya bergabung menerusi konten di TikTok sahaja.

“Sebenarnya band projek ini memang memberikan pengalaman baharu kepada kami semua. Bila diberikan tawaran untuk memparodikan semula lagu kumpulan Dolla, pastinya kami teruja memandangkan ini merupakan pengalaman pertama untuk saya secara peribadi bila masuk ke studio rakaman.

“Ini pengalaman pertama kami dan banyak perkara telah dipelajari. Bukan mudah sebenarnya nak jadi penyanyi rakaman tapi kami berjaya lakukan bersama,” kata Wanchai.

Hal yang sama turut dizahirkan oleh Farihinarnia, 23, apabila menganggap pengalaman berada di dalam studio rakaman sebagai sesuatu yang menarik perhatian.

“Proses rakaman lagu agak mencabar memandangkan kami semua adalah content creator bukannya penyanyi. Agak sukar menyempurnakan lagu seperti penyanyi lain.

“Kalau nak tahu memang kami mengambil masa yang panjang untuk proses rakaman bermula jam 9 malam sehingga 2 pagi. Macam-macam peristiwa lawak yang berlaku termasuk soal teknikal seperti mengikut tempo dan sebagainya,” kata Farihinarnia pula.

Menurut The Dollah, pelbagai idea telah cuba mereka perolehi untuk mencipta  sebuah lagu baharu bagi Aidilfitri tahun ini,  susulan mereka mempunyai 5 juta pengikut secara keseluruhan di aplikasi TikTok
Menurut The Dollah, pelbagai idea telah cuba mereka perolehi untuk mencipta sebuah lagu baharu bagi Aidilfitri tahun ini, susulan mereka mempunyai 5 juta pengikut secara keseluruhan di aplikasi TikTok

Sementara itu, bagi Yeet pula, dia gembira The Dollah diberikan peluang untuk memberikan nafas baharu kepada lagu berkenaan mengikut kreativiti mereka.

“Sebenarnya lirik lagu ini diubah tetapi beberapa hook liriknya sahaja dikekalkan. Bila penggambaran video muzik (MV) dilakukan, pastinya semua menjadi kelam kabut dengan perangai masing-masing.

“Tambahan pula konsep MV diambil daripada kehidupan orang bujang melakukan persiapan raya, pelbagai babak menarik serba ‘huru hara’ boleh ditonton dalam MV ini,” jelas Yeet yang berasal dari Sarawak.

Menariknya, mereka sebenarnya turut menambah rasa dengan menggunakan loghat Perak semasa proses rakaman berlangsung.

Bagi Adam Bakery, 22, pada asalnya dia hanya menyelitkan beberapa perkataan sahaja namun akhirnya semua ahli The Dollah menggunakan beberapa perkataan loghat Perak sebagai daya penarik.

“Bila proses rakaman berlangsung, saya terfikir apa benda menarik yang boleh dilakukan. Kami bukan penyanyi sebenar yang ada kekuatan vokal. Jadi, saya sebut beberapa perkataan penting.

“Tak sangka pula apabila semuanya sudah siap, ramai yang suka dengannya,” kata Adam yang juga merupakan adik kepada Ryan Bakery.

Bagi Black, 21, pula, dia menganggap projek kali ini sebagai satu pengalaman mencabar untuknya tatkala terpaksa menari dan mengikut gerakan yang perlu dilakukan.

Akuinya lagi, dia sendiri agak kekok menari dan menganggap ia merupakan suatu cabaran besar untuknya menyiapkan MV tersebut. 

“Memang sukar pada awal tapi saya buat sahaja memandangkan ini lagu parodi. Tapi saya gembira kerana rakan-rakan yang lain banyak membantu dan mengajar saya step yang patut dilakukan.

“Untuk semua peminat, bukan senang nak tengok saya menari. Jadi, semua kena tonton MV yang sudah boleh ditonton mulai hari ini,” katanya lagi.

Dilancarkan secara rasmi pada 14 April, MV ‘Raya Raya Raya 2.0”  boleh ditonton melalui YouTube Universal Music Malaysia. – Getaran, 18 Mei  2023

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 4 jam yang lalu

'Sajian’ Terbaharu Daripada Netflix Mei Ini

oleh Rahayu MN

Selebriti 20 jam yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

Puteri Sarah bersyukur akhirnya impian untuk membawa ibu dan bapanya menunaikan ibadah umrah tercapai

oleh Helmi Anuar

Selebriti 23 jam yang lalu

Ernie Zakri Tak Sangka Lagu 'Masing Masing' Kembali Meledak Selepas Dinyanyikan Bella, Adira

Lagu Masing Masing nyanyian asal Ernie Zakri kembali menjadi perhatian ramai selepas dinyanyikan semula oleh Bella Astillah dan Adira Suhaimi 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

"Awak Ada Nombor Saya": Muaz Minta Aliff Untuk Jadi 'Gentleman'

oleh Helmi Anuar