web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kalau Ada Rezeki Insya Allah Saya Akan Adakan Konsert Sendiri Tahun Ini - Hael Husaini

Pemilik nama Hal Husaini Razmi, 35, itu turut mengakui bahawa, hanya masalah kesihatan sahaja menjadi punca sepenuhnya konsert terbabit ditunda.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 7:45PM

Hael enggan mengulas lebih mengenai semua spekulasi-spekulasi lain yang dikatakan menjadi punca pembatalan konsertnya. - Gambar daripada Instagram Hael Husaini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meskipun, kecewa tidak dapat menjayakan konsert pertama ekoran faktor kesihatan, penyanyi terkenal Hael Husaini mengakui tetapi akan mencuba mengadakan konsertnya atas usaha sendiri dalam tempoh tahun ini.

Menurut Hael, dia menganggap pembatalan konsert julunya ‘Hael Husaini Live in Kuala Lumpur’ itu bukan rezekinya lagi untuk mengadakan konsert dalam bentuk skala besar lagi.

“Konsert daripada pihak Rocketfuel Entertainment  (syarikat pengurusannya) telah ditunda atas beberapa masalah yang saya rasa mereka pun telah selesaikan. Itu daripada segi pengurusan.

“Insya-Allah, untuk konsert saya yang akan datang, kalau ada rezeki dalam tahun ini saya akan cuba melakukan sendiri.

“Sudah tentu saya kecewa sebab ini konsert pertama saya yang saya sangat teruja. Saya rasa dah lakukan 70 peratus untuk konsert itu. Tapi bila konsert tu tak jadi, saya anggap bukan rezeki,” katanya kepada Getaran.

Pemilik nama Hal Husaini Razmi, 35, itu turut mengakui bahawa, hanya masalah kesihatan sahaja menjadi punca sepenuhnya konsert terbabit ditunda.

Tambahnya, dia enggan mengulas lebih mengenai semua spekulasi-spekulasi lain yang dikatakan menjadi punca pembatalan ‘Hael Husaini Live in Kuala Lumpur’ itu.

Ketika disoal berkenaan penampilannya, yang dilihat semakin kurus, pelantun lagu ‘Jampi’ itu mengakui memang dia kurus, tapi Alhamdulillah keadaan dirinya sihat dan itu paling penting.

“Berat saya sekarang berapa kilogram, rasanya tiga kampit beras ni (kira-kira 30 kilogram). Tapi, berbanding berat dulu dan sekarang, ia lebih kurang saja.

“Saya nampak kurus, sebenarnya banyak benda yang kena cut (potong). Sebabnya, dalam masa saya nak sembuh kerana kurang sihat banyak benda yang kena jaga dari segi kesihatan dan pemakanan,” ujarnya.

Terdahulu, Hael juga mengesahkan dia terpaksa akur membatalkan ‘Konsert Hael Husaini Live In KL’ yang sepatutnya berlangsung pada 19 Februari lalu kerana faktor masalah kesihatannya walaupun persiapan sudah siap dibuat sebanyak 70 peratus.

Penyanyi itu turut menafikan pembatalan itu ada hubung kait dengan jualan tiket yang tidak laku. 

Katanya, keputusan diambil secara sepakat dengan pihak pengurusan, Rocketfuel Entertainment selepas mengambil kira nasihat daripada doktor. - Getaran, 19 April 2023.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 12 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN