web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kami Mohon Maaf Kepada Kumpulan Radja – Penganjur Akui Kesal Dengan Insiden Yang Berlaku 

Penganjur konsert, Mimosa Events turut menjelaskan keadaan sebenar mengenai salah faham yang tercetus di antara pihak mereka dengan kumpulan Radja.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 12:57PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terdapat insiden salah faham yang berlaku berhubung penganjuran Majestic Johor Concert- Radja Live in Johor 2023 yang berlangsung di Larkin, Johor pada 11 Mac lalu. 

Demikian maklum balas daripada pihak penganjurnya, Mimosa Events berhubung kekecohan yang berlaku di antara pihaknya dengan kumpulan Radja. 

Rentetan daripada kekecohan itu juga, Radja mendakwa mereka telah didatangi dua lelaki dikatakan mewakili pihak penganjur, yang bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan ancaman bunuh. 

Menjelaskan keadaan sebenar mengenai insiden salah faham tersebut, Mimosa Events dalam satu kenyataan memberitahu laporan hangat yang tercetus mengenai Radja, tidak menggambarkan keadaan sebenar sebaliknya kejadian itu berlaku akibat salah faham mengenai komitmen komersial dan operasi sewaktu acara terbabit berlangsung. 

“Perbincangan yang pada mulanya berjalan dengan aman telah menjadi panas dan berlaku sedikit kekecohan, namun masih berada dalam keadaan terkawal. 

“Setelah diselidiki dengan lebih lanjut, kumpulan Radja langsung tidak mengetahui mengenai semua isu yang dibangkitkan sebelum dan semasa konsert berlaku kerana komunikasi antara pihak penganjur dengan kumpulan tersebut hanya menerusi Pengurus Tempatan untuk kumpulan tersebut secara eksklusif. 

“Hal ini telah menyebabkan ketidakpadanan (mismatch) maklumat yang sewajarnya diterima oleh kumpulan terbabit daripada penganjur,” kata kenyataan terbabit. 

Menurut Mimosa Events lagi, pihaknya amat kesal dengan insiden yang berlaku dan memohon maaf kepada kumpulan Radja atas apa yang berlaku. 

“Kami juga kesal dengan imej acara yang telah berlangsung dengan gilang-gemilang ini telah tercalar dengan insiden yang tidak diingini. 

“Salam maaf ini juga dipanjangkan kepada Tourism Johor, Konsulat Jeneral Kedutaan Indonesia di Johor Bahru serta semua pihak yang terkesan berhubung perkara ini. 

“Pihak kami juga telah memberikan kerjasama penuh kepada polis untuk menjalankan siasatan dan dibantu oleh Konsulat Jeneral Kedutaan Indonesia. Kami berharap hal ini dapat dijernihkan dan tiada sengketa berpanjangan di antara kedua-dua negara,” kata penganjur lagi. – Getaran, 15 Mac 2023 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 20 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN