web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas 20 Tahun Penubuhan, Akhirnya Kumpulan D’Masiv Bakal Bikin Konsert Sulung Di Malaysia

Kehadiran kumpulan yang terkenal dengan lagu 'Cinta Ini Menbunuhku' ke Malaysia dibawa oleh aktres terkenal tanah air, Nabila Huda selepas kejayaan menganjurkan konsert Senandung Malam yang membabitkan artis Indonesia. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 4:11PM

Kumpulan D’Masiv Foto - Gambar dari PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas 20 tahun penubuhan mereka, akhirnya kumpulan muzik terkenal dari Indonesia iaitu D’Masiv bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia pada 2 Jun ini, bertempat di Zepp Kuala Lumpur. 

Selain Indonesia, Malaysia juga menjadi pilihan D’Masiv untuk mengadakan konsert ulang tahun ke-20.
Selain Indonesia, Malaysia juga menjadi pilihan D’Masiv untuk mengadakan konsert ulang tahun ke-20.

Terus mempertahankan perjuangan muzik selama dua dekad, D’Masiv dianggotai Rian Ekky Pradipta selaku vokalis, Dwiki Aditya Marsall (gitar), Nurul Damar Ramadan (gitar), Rayyi Kurniawan Iskandar Dinata (bass) dan Wahyu Piadji (dram) tetap mengatur langkah demi meneruskan kelangsungan kerjaya dalam bidang muzik.

Sempena ulang tahun ke-20, D’Masiv yang popular menerusi lagu Cinta Ini Membunuhku, Pergilah Kasih dan Jangan Menyerah ini bukan hanya mengadakan siri jelajah menyusuri 20 kota di Indonesia, tahun ini malah Malaysia dipilih menjadi satu salah destinasi bagi meraikan ulang tahun legasi muzik bersama peminat dalam konsert yang diberi nama D’Masiv Road To The World.

D’Masiv bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia pada 2 Jun ini, bertempat di Zepp Kuala Lumpur. 
D’Masiv bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia pada 2 Jun ini, bertempat di Zepp Kuala Lumpur. 

Penganjurnya yang juga aktres terkenal, Nabila Huda berkata, D’Masiv adalah salah satu kumpulan Indonesia yang diminatinya sejak dahulu lagi, namun tidak pernah berpeluang menyaksikan konsert di Kuala Lumpur. 

“2023 adalah ulang tahun D’Masiv ke-20, jadi Neptunes Presents ingin membawa D’Masiv bagi meraikan perjalanan muzik dan mendekati peminat di Malaysia di Zepp Kuala Lumpur.

“Awal tahun ini, saya dan keluarga sempat bercuti ke Jakarta, Indonesia. Secara kebetulan, kami diundang oleh teman rapat untuk bertemu dengan vokalis D’Masiv, Rian Ekky Pradipta.

 “Namun, tujuan asal pertemuan hanya untuk berkenalan. Tiada perancangan pun melamar D’Masiv untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, pengurus D’Masiv amat teruja dengan penganjuran konsert pertama kami, Senandung Malam membabitkan Payung Teduh X Pusakata dan Efek Rumah Kaca yang dibawakan Neptunes Presents pada November, tahun lalu.

“Dari situ, timbul idea sekiranya kami berminat berkolaborasi dengan D’Masiv dalam menganjurkan Senandung Malam Volume 2 di Kuala Lumpur,” katanya.

Nabila Huda
Nabila Huda

Anak kepada rockers legenda, Amy Search itu berkata, D’Masiv akan muncul dalam persembahan selama dua jam.

“Ini adalah kemunculan pertama D’Masiv di Kuala Lumpur. Jadi, sudah tentu pilihan lagu daripada album pertama sehingga album terbaharu yang akan diperdengarkan,” katanya.

Hingga kini, D’Masiv sudah menghasilkan tujuh album iaitu Perubahan pada 2008, Perjalanan (2009), Persiapan (2012),  Hidup Lebih Indah (2014), D’masiv (2016), Love 2019) dan terakhir, Time (2022).

Mengulas projek Senandung Malam, Nabila berkata, pihaknya sedang merancang mengadakan beberapa siri Senandung Malam membabitkan artis dari seberang dan tempatan untuk peminat.

“Konsep Senandung Malam lebih santai dan bertujuan menghiburkan peminat di Malaysia.

“Pemilihan artis juga berdasarkan permintaan peminat yang bukan sahaja dari kalangan kumpulan popular, malah kami teruja membawa penyanyi indie untuk tatapan peminat.Saya percaya penyanyi indie memiliki kelompok peminat yang tersendiri,” katanya.

Sehubungan itu, Nabila meminta peminat menantikan pengumuman terbaharu Konsert D’Masiv Road To The World, tidak lama lagi. – Getaran, 10 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 11 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN