web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sarah Fazny, Zayani Terjemahkan Luahan Rasa Hati Puteri Sarah Liyana Dalam 'Terus' Sempena Hari Wanita 

Menurut Puteri, dia mahu mengabadikan tarikh 8 Mac ini sebagai satu simbol ‘move on’ dan mahu semua wanita harus bangkit daripada segala derita dan mencari kebahagiaan hidup.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 12:31PM

Puteri Sarah Liyana

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak mahu terus bersedih dan meratapi nasib dirinya apabila rumah tangga yang dibinanya bersama Syamsul Yusof sedang dilanda badai, Puteri Sarah Liyana, 38, mahu membantu wanita yang senasibnya dengannya untuk terus bangkit dan meneruskan kehidupan seperti biasa. 

Atas sebab itu, Puteri Sarah hadir dengan sebuah single berjudul 'Terus' yang merupakan manifestasi isi hatinya terhadap apa yang berlaku di dalam kehidupan pada saat ini.

Apa yang dirasai dan dilalui Puteri Sarah telah diluah di dalam bait-bait lirik 'Terus' yang dinyanyikan oleh gandingan Sarah Fazny dan Zayani, bagi mewakili dirinya, manakala bait-bait lirik dan melodi indah diterjemah dengan baik oleh Faizal Ulwi yang bertindak selaku komposer untuk lagu ini. 

“Terus memang mengisahkan tentang apa yang terjadi kepada diri saya. Apa yang berlaku selama ini saya ceritakan dan diterjemah menjadi sebuah karya. Terus memang mewakili isi hati saya.

“Saya gembira karya ini akhirnya dapat menemui pendengar hari ini. Setidaknya mereka yang di luar sana yang senasib dengan saya dapat bangkit dan meneruskan kembali hidup seperti dulu.

“Sehebat mana pun kemelut yang melanda, jangan sesekali meratapi apa yang berlaku. Saya mahu mereka yang senasib dengan saya akan bangkit dan meneruskan kehidupan.

''Kita ada masalah, ada juga jalan penyelesaian. Jangan sesekali patah semangat,” katanya yang turut terlibat dalam pembikinan muzik video bersama Sarah Fazny dan Zayani beberapa minggu lalu.

Puteri Sarah Liyana
Puteri Sarah Liyana

Bercerita mengenai pemilihan tanggal 8 Mac untuk melancarkan lagu ini, Puteri Liyana berkata, ia dipilih sempena dengan Hari Wanita Sedunia yang disambut di seluruh dunia.  

'Terus' juga dijadikan hadiah dan pembakar semangat kepada seluruh wanita untuk mencari semula kekuatan.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia mahu mengabadikan tarikh 8 Mac ini sebagai satu simbol move on dan mahu semua wanita bangkit daripada segala derita dan mencari kebahagiaan hidup.

“Saya mahu jalan terus dan tidak lagi mempedulikan apa sahaja kemelut yang berlaku. Sebagai wanita dan yang paling penting sebagai seorang ibu, saya harus terus kuat!"

"Saya harus bangkit daripada kesedihan dan meneruskan kehidupan. Bangkit bukan bermakna ingkar, tapi lebih kepada menyayangi diri sendiri dan tidak membiarkan diri dipijak,” tambahnya lagi.

Untuk pengetahuan, Sarah Fazny merupakan penyanyi yang dicungkil bakat menerusi program Mentor Legend 2014 yang menjadi protege kepada Datuk Amy Search manakala Zayani pula merupakan peserta program 3 Juara 2016.

Dilancarkan secara rasmi hari ini, 'Terus' nyanyian Sarah Fazny menampilkan  Zayani sudah boleh didengar di semua platform digital. Video muzik pula sudah mula ditayangkan di YouTube Indigital Music pada hari yang sama. – Getaran, 8 Mac 2023 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...