web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Hasrat’ Amir Jahari Cipta Lagu OST Cinta Tertunai Dalam Filem Imaginur 

Single yang berjudul Hasrat itu mendapat perhatian ramai di ruangan media sosial (Tiktok , Instagram , Facebook) dan turut ‘trending’ di Twitter.  Ia turut berada di tangga ke -13 dalam Carta Malaysia 50 di aplikasi Spotify. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 10:20AM

Amir Jahari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Amir Jahari mengakui lagu OST untuk filem Imaginur yang berjudul 'Hasrat' adalah sangat dekat di hatinya. 

“Sebenarnya, ini bukan kali pertama saya membuat OST filem. Filem pertama adalah Orang Itu, sebuah filem dari Low Ngai Yuen yang diterbitkan pada 2018.

“Saya juga memang bercita-cita menghasilkan OST untuk filem kisah cinta, justeru apabila pengarah filem Imaginur, Nik Amir Mustapha menghubungi saya untuk bekerjasama, saya memang sangat teruja dan tidak sangka. 

“Tanpa banyak berfikir, saya terus bersetuju dan menghantar demo kepada beliau berdasarkan sinopsis yang diberikan. Alhamdulillah beliau bersetuju dan proses seterusnya mudah sahaja.

“Untuk mengetahui maksud lagu ini, filemnya harus ditonton dahulu, kerana gambaran keseluruhan pada lagu Hasrat boleh dilihat di saat kemuncak filem tersebut,” katanya. 

Imaginur merupakan sebuah filem kisah cinta bergenre sci-fi ataupun fiksyen sains, arahan Nik Amir Mustapha dan menggandingkan Beto Kusyairy serta Diana Danielle selaku teraju utama. 
Imaginur merupakan sebuah filem kisah cinta bergenre sci-fi ataupun fiksyen sains, arahan Nik Amir Mustapha dan menggandingkan Beto Kusyairy serta Diana Danielle selaku teraju utama. 

Hasrat adalah single terbaru Amir Jahari dan lagu OST untuk filem ‘Imaginur’. Ia ciptaan sepenuhnya Amir Jahari yang diterbitkan Lumatic Films dan edaran secara digital oleh Luncai Emas Sdn Bhd. 

Filem Imaginur yang diterbitkan Lumatic films merupakan sebuah filem kisah cinta bergenre sci-fi ataupun fiksyen sains, arahan Nik Amir Mustapha serta menggandingkan dua pelakon popular iaitu Beto Kusyairy dan Diana Danielle selaku teraju utama. 

Ia adalah sebuah kisah cinta, mengisahkan seorang lelaki yang mimpikan seorang gadis, kemudian setelah melalui proses hipnosis, tiba-tiba dapat berjumpa di alam realiti. Bolehkah kita dipukau untuk bercinta? 

Hasrat mengambil inspirasinya daripada intipati filem ini iaitu menyentuh mengenai persoalan serta idea yang dikemukakan dalam penceritaan Imaginur. 

Single Hasrat (OST ImagiNur) mendapat perhatian ramai di ruangan media sosial (Tiktok , Instagram , Facebook) dan turut ‘trending’ di Twitter.  Ia juga berada di tangga ke -13 dalam Carta Malaysia 50 di aplikasi Spotify. 

Hasrat boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Itunes, kkbox dan Deezer. Muzik videonya juga sudah sedia untuk ditonton di Youtube, Luncai Emas Sdn Bhd. – Getaran, 8 Mac 2023 




 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 13 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN