web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pernah Lalui Zaman Tidak Berduit, Single ‘Sengkek’ Imbau Zaman Baru Nak Up YonnyBoii

Menurut Yonnyboii, lagu itu ditulis ketika dia sedang berdepan situasi sukar dan ia pernah dimuat naik di aplikasi TikTok, beberapa tahun lalu.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 2:14PM

Lagu 'Sengkek' memaparkan suka duka yang dialami oleh Yonnyboii sebelum bergelar penyanyi rap. - Gambar dari Universal Studio

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kehidupan sebagai artis bukan terus senang, titik permulaan membina kerjaya dalam industri ini penuh ujian dan kesusahan.

Demikian pengakuan penyanyi rap, Yonnyboii yang pernah melalui zaman tidak berduit dan hidup dalam kesempitan ketika mula membina kerjaya dan keadaan itu telah mencetuskan idea kepadanya untuk berkongsi pengalaman tersebut menerusi single terbaharu, ‘Sengkek’.

Menurut penyanyi rap popular itu, ‘Sengkek’ merupakan imbasan akan dirinya sewaktu memulakan kerjaya dalam industri muzik dan pada masa sama turut mengejar impian untuk berjaya seperti individu lain.

“Sebenarnya lagu ‘Sengkek’ ini menceritakan perjalanan seorang individu yang mengejar cita-cita dalam serba kekurangan, namun berjaya menempuh pelbagai cabaran untuk sampai ke tahap selesa.

“Saya rasa setiap daripada kita mesti pernah melalui situasi tersebut dalam hidup, jadi lagu ini bukan hanya cerita saya, ianya bagi semua yang pernah melalui situasi tersebut,” katanya kepada Getaran pada majlis pelancaran single terbaharu ‘Sengkek’ baru-baru ini. 

Yonnyboii berharap 'Sengkek' akan memberikan inspirasi kepada pendengar dalam usaha mereka mengejar impian masing-masing.
Yonnyboii berharap 'Sengkek' akan memberikan inspirasi kepada pendengar dalam usaha mereka mengejar impian masing-masing.

Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 25, lagu itu ditulis ketika dia sedang berdepan situasi sukar dan pernah dimuat naik di aplikasi TikTok beberapa tahun lalu.

Katanya, selepas menerima pelbagai respon positif dari peminat di TikTok, dia mengambil keputusan untuk menyiapkan lagu itu dan menjadikannya sebagai projek terbaharu.

Jelas Yonnyboii lagi, lagu itu disusun penyanyi hip hop terkenal, SonaOne, manakala lirik ditulis bersama Alyph.

Dari kiri Yonnyboii, penerbit eksekutif  Kim Lim dan Alyph.
Dari kiri Yonnyboii, penerbit eksekutif Kim Lim dan Alyph.

Namun, pada awalnya, penyanyi lagu ‘Sakit’ ini  menghantar demo lagu tersebut kepada SonaOne untuk proses susunan dan penerbitan lagu.

“Kebetulan, ketika kami di studio dan mendengar demo lagu tersebut, Alyph datang, jadi selepas first time Alyph dengar demo single tersebut dia terus kata nak join buat single ini. 

“Sebenarnya saya berbesar hati ketika itu kerana memang impian untuk bekerjasama dengan Alyph. Kalau ikutkan, saya pernah mesej Alyph secara peribadi ketika belum masuk industri.

“Saya masih ingat lagi ada bertanya bagaimana untuk buat lagu,” kongsinya.

Dalam pada itu, Yonnyboii berharap single baharunya itu akan diterima dengan baik dan dapat memberikan inspirasi kepada pendengar agar tidak berputus asa dalam mengejar impian mereka.

‘Sengkek’ boleh dimuat turun di semua platform digital sejak  24 Februari 2023, manakala video muzik rasmi boleh ditonton di YouTube. – Getaran, 27 Februari 2023.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...