web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsert India Di Malaysia Tingkatkan Kedatangan Pelancong Asing

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 12:58PM

Santhosh Narayanan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Konsert India yang diadakan di Malaysia baru-baru ini menjadi pemangkin kepada ketibaan pelancong asing ke negara ini.

Konsert Santhosh Narayanan – pengarah muzik bagi filem Kabali dibintangi pelakon Rajinikanth – dijangka menarik kira-kira 13,000 penonton termasuk 2,000 warga asing.

Pengarah muzik India berusia 39 tahun itu akan tiba di Kuala Lumpur bulan depan bagi menjayakan konsert antarabangsa pertamanya, Sounds of the South pada 18 Mac jam 6 petang di Axiata Arena.

Pengarah Reacch Productions Sdn Bhd, Suresh Subramaniam yang merupakan penganjur konsert, berkata beberapa penyanyi dan penari tempatan akan membuat persembahan bersama Santhosh ketika segmen utama persembahan itu sebagai langkah mengiktiraf bakat tempatan di Malaysia.

“Kami menjangkakan kira-kira 13,000 orang menghadiri konsert Sounds of the South, termasuk 2,000 pelancong asing dari Singapura dan juga India,” katanya kepada Bernama.

Santhosh, yang lebih dikenali sebagai SaNa oleh peminatnya menerima banyak anugerah industri filem India, terkenal dengan latar belakang muziknya serta kehebatan bermain alat muzik tradisional rakyat termasuk gubahan lagu yang memberikan rasa berbeza.

Beliau ialah komposer lagu bagi filem Kabali - sebuah filem yang difilemkan sepenuhnya di Malaysia - di mana lagu 'Nerupada' dan lagu tema filem itu menjadi kegemaran pendengar sepanjang zaman.

Konsert Sounds of the South di Kuala Lumpur akan menjadi konsert antarabangsa pertama Santhosh, dengan menampilkan beberapa lagu paling popular – bersama-sama dengan lagu yang belum pernah didengari sebelum ini.

Suresh berkata konsert itu bakal mencipta detik ajaib kepada penonton di Malaysia, dengan pentas seumpama itu akan memberikan penonton pemandangan 360 darjah.

"Reka bentuk bunyi, program pencahayaan dan skrin dirancang dengan baik untuk memberikan standard persembahan antarabangsa (dan) bakal menggamit perhatian penonton agar memperoleh pengalaman yang tidak dapat dilupakan," katanya.

Santhosh juga akan membuat persembahan bersama penyanyi Australia Dheekshitha Venkadeshan juga dikenali sebagai Dhee, yang terkenal dengan lagu berjudul ‘Enjoy Enjaami’.

Penganjur turut melibatkan Instagram Meta Developers sebagai kaedah baharu pemasaran media sosial. 

Pengguna Instagram boleh pergi ke halaman Instagram @reacch.asia dan mencuba ‘filter’ yang baharu dilancarkan dengan mengimbas logo "SOUNDS OF THE SOUTH".

Tiket konsert boleh didapati secara atas talian menerusi laman sesawang, www.ticket2u.com.my. - Bernama

Isu Pada

Conan Gray, Penakluk Jiwa Wanita

18 Feb 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 14 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...