web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Makin Berbisa! Dolla Curi Tumpuan Penari YG Entertainment, Pengarah Korea Selatan, Kini Lancar Lagu Baharu

'Besar harapan kami agar peluang untuk kami bekerjasama dengan mereka di masa depan,' tambah Dolla. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 5:12PM

Dolla - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Kami ada nampak tweet itu!”

Demikian respons girl group terkenal tanah air, Dolla ketika mengulas mengenai penampilan sulung mereka di pentas acara muzik festival K-Pop, Seen Festival sekali gus meraih pujian daripada penggiat muzik Korea Selatan. 

Menerusi ciapan yang pernah tular tersebut, dikatakan pengarah Korea Selatan memuji tarian serta lontaran vokal ahli kumpulan Dolla yang terdiri daripada Angel, Tabby, Syasya dan Sabronzo. 

“Kami ada nampak tweet tersebut. Memang orang-orang yang terlibat dengan Seen Festival di belakang tabir akan bertemu dengan kumpulan dan tenaga kerja daripada Korea Selatan. 

“Mereka (tenaga kerja) Korea Selatan merasakan muzik Dolla bagus. Kami sangat berbesar hati kerana berjaya mencuri perhatian mereka,” kata Tabby ketika ditemui Getaran di majlis sidang media pelancaran lagu terbaru Look At This. 

Dolla mendedahkan penampilan sulung mereka di pentas acara muzik festival K-Pop, Seen Festival telah mendapat pujian daripada penggiat muzik Korea Selatan. 
Dolla mendedahkan penampilan sulung mereka di pentas acara muzik festival K-Pop, Seen Festival telah mendapat pujian daripada penggiat muzik Korea Selatan. 

Dolla turut mendedahkan, ini bukan kali pertama mereka meraih pujian sebegitu. Sebelum ini, Dolla turut mencuri tumpuan di Festival Melosaga, iaitu acara muzik dan tarian K-pop terbesar di Asia Tenggara. 

“Sebenarnya kami pernah terlibat di acara Melosaga yang juga menampilkan penari YG Entertainment yang dipanggil YGX. 

“Mereka juga menyukai lagu kami. Mereka siap merakam video di Instagram sedang layan lagu-lagu Dolla. Besar harapan kami agar peluang untuk kami bekerjasama dengan mereka di masa depan,” tambah Dolla. 

Terkini, Dolla mengubati rindu peminat dengan lagu terbaru yang lebih menyengat bertajuk Look At This. 

“Lagu ini menceritakan bagaimana setiap perempuan harus yakin untuk tampil menjadi diri sendiri tanpa memerlukan validation daripada orang lain. Semoga lagu ini dapat diterima oleh semua. 

“Namun sedikit ‘hint’ kita bakal berikan banyak lagi kejutan dalam muzik kami untuk tahun ini. Look At This hanyalah permulaan,” jelas Syasya. 

Look At This sudah boleh didengari di semua platform digital Spotify, Apple Music, Youtube Music bermula hari ini. Manakala untuk video muzik, penonton boleh menontonnya pada jam 9 malam ini. – Getaran, 17 Februari 2023 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 7 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN