web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khairy Jamaluddin Beri Komitmen Dalam Segmen Istimewa, ‘Seyes Ah KJ’ Setiap Isnin DI Hot FM 

Segmen istimewa ‘Seyes Ah KJ’ juga bakal bermula, dengan menampilkan KJ memberikan trivia atau ‘fun facts’ mengenai pengetahuan umum yang mampu menghiburkan dan menggeletek hati para pendengar.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 11:00AM

Khairy Jamaluddin bakal muncul di Bekpes Hot, Hot FM bersama Johan, Fara Fauzana dan AG - Gambar ihsan Hot FM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas ke udara di hari pertama di Bekpes Hot semalam dua hari lepas, mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, membuat pengumuman secara eksklusif pagi semalam bahawa beliau akan muncul di Bekpes Hot bersama Johan, Fara Fauzana dan AG setiap hari Isnin bermula jam 8 pagi mulai minggu hadapan. 

Segmen yang bakal dikendalikannya itu akan menampilkan pengisian yang lebih mantap dan relevan dengan kehendak pendengar yang telah pun memberikan komen dan cadangan menerusi platform media sosial Hot FM dan juga di akaun media sosial peribadi KJ. 

Segmen istimewa ‘Seyes Ah KJ’ juga bakal bermula, dengan menampilkan KJ memberikan trivia atau ‘fun facts’ mengenai pengetahuan umum yang mampu menghiburkan dan menggeletek hati para pendengar. 

Pengarah Rangkaian Kandungan Hot FM, Shah Hayatudin berkata, dia  amat teruja dengan perkembangan terbaharu yang dikongsikan oleh KJ. 

“Pengilbatan KJ bersama Hot FM telah memberikan impak yang amat positif buat stesen kami kerana beliau sangat relevan dan para pendengar dapat berhubung dengan lebih dekat dengan personaliti kesayangan mereka. 

“Kami juga ambil maklum dengan komitmen beliau bersama dengan kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan juga Penasihat Belia Johor. 

“Pastinya jadual beliau agak padat tetapi kami sangat gembira apabila beliau sudi untuk bersama dengan Hot FM setiap minggu di Bekpes Hot untuk bersama Johan, Fara Fauzana dan AG, menemani pendengar setia kami.”

Menurut Syah Hayatudin lagi, selain daripada tugas di tetuang udara, KJ juga akan tampil di platform digital Hot FM. 

“Sama seperti penyampai Hot FM yang lain, KJ juga akan bersama Johan, Fara dan AG untuk menampilkan pengisian digital menarik khas buat pengikut-pengikut media sosial kami yang sentiasa menantikan video-video menarik daripada Hot FM,” katanya.

Shah juga turut berkongsi keterujaan Johan, Fara dan AG dengan kehadiran KJ sebagai teman baru mereka di Bekpes Hot. 

“Mungkin sebelum ini Johan, Fara dan AG sudah biasa bekerja dengan selebriti, penyampai radio dan pelawak, tapi kali ini pengalaman berlainan sedikit kerana kehadiran personaliti politik, bekas menteri yang bukan sahaja bijak, tapi beliau juga sangat spontan, cepat untuk mencipta ‘chemistry’ bersama Bekpes Hot dan mempunyai suara yang sangat sedap didengar di tetuang udara. 

“Fara pun tak sabar untuk kembali ke konti selepas ibadah umrah untuk bersama-sama KJ memeriahkan pagi semua pendengar Hot FM.”

Terdahulu, KJ membuat penampilan pertamanya sebagai penyampai radio di Hot FM dalam segmen Bekpes Hot bersama Johan, Fara Fauzana dan AG dan dengan pantas membuktikan dirinya seorang yang mampu menjalankan pelbagai pekerjaan selain menjadi ahli politik. 

Kejayaan KJ Jadi DJ meraih peningkatan sebanyak 75 peratus  dalam masa satu jam sahaja untuk penstriman langsung digital Hot FM di hotfm.audio dan aplikasi Audio+. 

Kemunculan KJ bersama Johan, Fara Fauzana dan AG  menerusi segmen KJ Jadi DJ pada 15 Februari lalu telah berjaya mencetuskan keterujaan masyarakat Malaysia ini.

Bahkan, ia berjaya mencapai sebanyak 139 peratus  peningkatan Paparan Halaman Unik kerana semua orang mendaftar masuk ke laman web untuk mengakses portal penstriman web. 

Semua komen dan Keterlibatan Media Sosial itu memperoleh 5.78 juta daripada semua platform media sosial Hot FM, iaitu Instagram, TikTok, Facebook dan Twitter.

Nantikan KJ bersama Johan, Fara Fauzana dan AG setiap Isnin jam 8 pagi di Bekpes Hot, Hot FM. – Getaran, 17 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 18 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN