Siri Jelajah Suria kembali menemui peminat di Zon Selatan, Utara, Pantai Timur dan Lembah Klang bermula 11 Februari ini sehingga 4 Mac depan, bertemakan sentuhan '80-an, 90-an, dan terkini'.
Jelajah Suria Anggun Cotton Collection ini membuka tirai esok (Sabtu) di Paradigm Mall, Johor Bahru, diikuti Zon Utara pada 19 Februari ini, Kuantan City Mall, Kuantan (25 Februari) dan Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada 4 Mac depan.
.jpg)
Lebih mengujakan, Jelajah Suria pada kali ini bakal membariskan lebih 40 artis popular seperti Shidee, Raja Ema, Bunga, Insomniacks, Akim & The Majistret, Luqman Podolski, Zamani Slam, Nabila Razali, Siti Nordiana, Alyph, Sissy Imann, Ally Axl, Exists, Khai Bahar, Aishah, Ruffedge, Kristal X, Zulhadi, Syameer Azmi, Aris Ariwatan, Muss, Floor 88, Ernie Zakri, Syamel, Ramlah Ram, Newboyz, Xpose, Azan Scan, Misha Omar, Venus, Ella, Haqiem Rusli, Alif Satar & The Locos, Meer Nash, Da Unknown, Wani Annuar, Aiman Zaidi, Heedan Mohd dan ramai lagi!

Selain berhibur dengan persembahan artis, pengunjung juga boleh beramah mesra bersama barisan penyampai Suria FM seperti Ajak, Shuib, Suraya Borhan, Feeya Iskandar (Cik Piah), Sharifah Shahirah (Rara), Tyzo Xander, DJ Lin dan Anna J.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), siri Jelajah Suria adalah sebuah acara tahunan yang paling dinantikan oleh peminat dan pendengar Suria FM.
“Oleh itu, pada jelajah kali ini, kami bersama Anggun Cotton Collection selaku penaja utama serta AC Gas yang merupakan penaja bersama akan memberikan kelainan kepada pendengar dengan menengahkan elemen 80-an, 90-an dan terkini, bertujuan untuk meluaskan sasaran pendengar Suria FM ke semua lapisan umur.
“Apa yang anda dengar di Suria FM, lagu-lagu yang diputarkan, artis-artis itulah yang kita akan bawakan ke siri jelajah Suria kali ini. Dan ini adalah kali pertama dalam sejarah Suria FM kita membawa artis-artis dari era 80-an,” katanya ketika ditemui di sidang media Jelajah Suria.
.jpg)
Tambah DJ Lin lagi, Suria FM juga akan menampilkan artis-artis baru yang mempunyai satu buah lagu untuk memberikan mereka pendedahan bagaimana membuat persembahan secara terbuka di hadapan penonton.
Pengunjung Jelajah Suria Anggun Cotton Collection berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa empat Motorsikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM4,000 untuk pembelian barangan eksklusif Suria FM di booth ‘Kedai Suria’ seperti edisi terhad Jersey Suria, T-shirt Suria, lanyard, payung dan drawstring bag”.
Wang tunai lebih RM10,000 turut menanti pengunjung Jelajah Suria kali ini menerusi pelbagai aktiviti pentas yang akan bermula seawal jam 12 tengahari hingga 6 petang.
Sementara itu pengasas Anggun Cotton Collection, Noraini Hanipah berkata, mereka memilih untuk menjadi penaja utama dalam siri Jelajah Suria ini kerana dalam banyak-banyak stesen radio yang ada, Suria FM adalah sesuai dengan sasaran pasaran mereka.

Lebih menarik, duta mereka iaitu selebriti popular, Yana Samsudin akan turut serta ke semua lokasi Jelajah Suria kali ini.
Anggun Cotton Collection juga akan menjual koleksi istimewa yang hanya terdapat di empat lokasi Jelajah Suria sahaja.
Untuk maklumat lanjut mengenai Jelajah Suria anda boleh lawati laman sesawang rasmi Suria FM dan juga semua platform media sosial. – Getaran, 10 Februari 2023