web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Jika Glenn Masih Di Sini..,” Air Mata Yura Yunita Pecah Semasa Konsert di KL

Yura menyediakan kerusi kosong dengan topi Glenn yang sangat ikonik di sebelahnya seolah-olah arwah sedang bernyanyi di situ.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 8:42PM

Yura Yunita - Gambar oleh Renjana Idea

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak mudah melupakan tangan yang mula-mula membawa kita mencapai impian. Bagi penyanyi Indonesia, Yura Yunita, Glenn Fredly adalah sosok yang paling awal mempercayai kebolehannya sebagai penyanyi. 

Yura memberi gelaran ‘Pahlawanku’ kepada Glenn kerana dialah yang bertanggungjawab menerbitkan album pertama Yura sekali gus menjadikannya sebagai penyanyi Indonesia papan atas setelah lagu Cinta dan Rahasia menjadi siulan ramai.

Yura Yunita turut mendedikasikan persembahan khas untuk Glenn pada konsert berkenaan.
Yura Yunita turut mendedikasikan persembahan khas untuk Glenn pada konsert berkenaan.

Glenn muncul ketika Yura merasakan dia tidak sesuai berada dalam industri muzik Indonesia yang meraikan standard kecantikan tertentu.

Pemergian Glenn sudah tentu memberi tamparan hebat dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap Yura.

Menyediakan kerusi kosong dengan topi Glenn yang sangat ikonik di sebelahnya seolah-olah Glenn sedang bernyanyi di situ.
Menyediakan kerusi kosong dengan topi Glenn yang sangat ikonik di sebelahnya seolah-olah Glenn sedang bernyanyi di situ.

Semasa konsert Pertunjukan Tutur Batin Yura Yunita di Zepp KL, Yura mendedikasikan persembahan khas untuk arwah. Menyediakan kerusi kosong dengan topi Glenn yang sangat ikonik di sebelahnya seolah-olah Glenn sedang bernyanyi di situ.

“Kalau Glenn masih ada, saya sangat ingin mengucapkan terima kasih kepadanya. Glenn adalah pahlawanku. Dia adalah orang yang saya ingin banggakan selepas ibu dan ayah. 

“Di setiap pencapaian yang saya dapat, saya selalu ingin membuat mereka bangga,” katanya sambil menangis di atas panggung. Suasana menjadi hening seketika. 

Yura Yunita merakam proses menjadi manusia di dalam lagu-lagunya. Tidak hairanlah dengan mesej yang sangat mengesankan itu membuat karya Yura mudah diterima oleh peminatnya di Malaysia. 

Yura menyanyikan 17 lagu dan membuka persembahan dengan lagu Mulai Langkahmu.
Yura menyanyikan 17 lagu dan membuka persembahan dengan lagu Mulai Langkahmu.

Yura mengakui menerima banyak permintaan daripada peminat di Malaysia yang menginginkan penyanyi itu membuat persembahan di Kuala Lumpur. Pertunjukan Tutur Batin pada Khamis seperti mengaminkan permintaan peminatnya. 

Yura menyanyikan 17 lagu, membuka panggung dengan lagu Mulai Langkahmu yang memberi motivasi penonton untuk memulai mewujudkan impian mereka.

Kemudian menyanyikan lagu Jalan Pulang yang juga merupakan runut bunyi bagi filem Jalan Yang Jauh Jangan Lupa Pulang. Ini kali pertama Yura menyanyikan lagu ini secara langsung di panggung. 

Alasannya mudah, lagu ini bercakap tentang sejauh mana pun kita pergi, kita akan pulang ke tempat asal. Jadi, lagu ini sangat kena jika dinyanyikan di luar Indonesia. 

Yura memilih lagu tempatan daripada Allahyarham P. Ramlee dengan lagu Engkau Laksana Bulan diiringi susunan yang unik dan memukau penonton.
Yura memilih lagu tempatan daripada Allahyarham P. Ramlee dengan lagu Engkau Laksana Bulan diiringi susunan yang unik dan memukau penonton.

Sorotan utama daripada pertunjukan ini adalah lagu Bandung yang dinyanyikan dalam bahasa Sunda dan diterima dengan baik oleh penonton majoriti Melayu di Malaysia.

Yura juga memperlihatkan tarian inklusif dengan menyanyikan lagu Merakit dengan gerakan SIBI (Sistem Bahasa Isyarat Indonesia). 

Pada saat diminta untuk menyanyikan lagu cover, Yura memilih lagu tempatan daripada Allahyarham P. Ramlee dengan lagu Engkau Laksana Bulan diiringi susunan yang unik dan memukau penonton.

Secara keseluruhan, Pertunjukan Tutur Batin Yura Yunita adalah suatu mimpi yang terwujud bagi penonton yang sudah lama meminati muzik Yura Yunita. - Getaran, 8 Februari 2023

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN