web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerispatih, Sammy Simorangkir Ajak Peminat Bernostalgia di Zepp KL!

Kerispatih juga akan menjadikan single terbaharu mereka, ‘Pernah Terluka’ sebagai satu lagu senjata berbahaya yang akan terus melekat dalam hati peminat.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 4:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi lagu-lagu syahdu dan beralun iaitu Sammy Simorangkir bakal berkongsi pentas dengan band Kerispatih mendendangkan lagu terbaik mereka buat peminat di Malaysia.

Konsert Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir  yang bakal berlangsung pada 24 Februari di Zepp Kuala Lumpur itu akan  membawa penonton mengenang zaman nostalgia mereka

“Jujurnya, kami sudah lama menanti kesempatan untuk kembali menyapa penggemar di Malaysia. Rindulah pasti, apalagi penggemar di Malaysia adalah antara pendukung terbesar kami.

“Mengambil semangat judul konsert ini, kami sangat ingin berkongsi nostalgia dan momen terbaik kepada semua. Akan ada belasan lagu yang dipersembahkan nanti.

“Ia pasti akan menjadi pertemuan perdana di tahun 2023 yang manis untuk dikenang dan diharap akan membuka lebih banyak pintu kami beraksi di sini pada masa akan datang,” ujar Kerispatih.

Berjanji akan membawakan lagu hit mereka seperti Untuk Pertama Kali, Bila Rasaku ini Rasamu dan Aku Harus Jujur, Kerispatih juga akan menjadikan single terbaharu mereka, Pernah Terluka yang dilancarkan tahun ini sebagai satu lagu senjata berbahaya yang akan terus melekat dalam hati peminat.

Tiket tiket konsert Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir mula dijual pada harga RM255 (Cat 1- Festival : free standing), RM355 (Cat 2: VIP upper deck-premium seat), RM305 (Cat 3- VIP upper deck- normal seat) dan RM4,800 (VIP box).

Para peminat boleh mendapatkan tiket mulai 13 Januari ini bermula jam 5 petang. Segala informasi terkini boleh didapatkan di laman Instagram @momentsof.music.

Para pembeli VIP Box ( maksimum 8 orang per box) akan berkesempatan untuk sesi Meet and Greet serta disediakan makan malam secara buffet. Pembeli VIP Box juga akan menerima official lanyard, minuman percuma serta laluan VIP ke bilik masing-masing.

Semua pembelian tiket boleh dilakukan melalui atas talian di laman sesawang https://momentsofkerispatih.com/. - Getaran, 18 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Tiket Laris Bak Goreng Pisang, Penganjur Tambah Kategori Baru Konsert Kerispatih, Sammy Simorangkir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...