web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsert Mr Barbarik: Joe Branko, Muss Beraksi Hebat Dengan Muzik Keras Yang Ditunjangi Pemuzik Muda Lain 

Aura konsert ini sudah mula dapat dirasakan apabila nama Konsert Mr Barbarik: Pentas Keras dan imejnya dipantulkan pada tirai konsert itu dengan ‘feel’ rock yang cukup raw dan rugged menerusi tulisan dan artworknya. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2022 8:13PM

Gandingan mantap Joe Branko dan Muss pada Konsert Mr Barbarik: Pentas Keras 2022. - Gambar ihsan Joe Branko

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan hanya sekadar nama, namun Konsert Mr Barbarik: Pentas Keras 2022 sememangnya padat dengan dengan elemen bunyi rock, hard rock, rock n roll serta blues yang keras untuk mengisi jiwa-jiwa peminat muzik rock yang ‘brutal’ ‘rebel’ dan masih berpegang kepada prinsip ‘rock selamanya. 

Ya! Maka, bukanlah sesuatu yang pelik apabila konsert ini lebih banyak dipenuhi dengan audience lelaki, tanpa pasangan wanita yang menemani kerana pentas keras Mr Barbarik ini bukanlah tempat yang dapat memenuhi kepuasan jiwa feminin mereka (maaf, bukan untuk memandang rendah pada kaum perempuan, tapi itulah hakikatnya). 

Bertempat di Zepp Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu, awalnya penulis terkejut apabila melihat ruang hadapan pentas hanya dipenuhi separuh penonton.

Konsert Mr Barbarik diadakan pada Sabtu lalu.
Konsert Mr Barbarik diadakan pada Sabtu lalu.

Mengapa? Sedangkan tiket konsert ini sudah pun diuar-uarkan sold out! 

Tetapi belum sempat soalan itu terjawab, konsert ini mula membuka tirai dengan montaj dan overture berdurasi 3 minit yang dipantulkan pada tirai hitam pentas. Wow! Gempak kerana ia seperti pembukaan sebuah filem dengan muzik skoring yang dihasilkan dengan penuh bergaya. 

Konsert Mr Barbarik: Pentas Keras 2022 mendapat sambutan hebat.
Konsert Mr Barbarik: Pentas Keras 2022 mendapat sambutan hebat.

Montaj dan overture itu membawa penonton melewati sebuah pengembaraan yang tersendiri yang mampu membangkitkan naluri untuk menikmati apa yang bakal dipersembahkan Joe Branko dan Muss di dalam konsert itu nanti. 

Konsert Mr Barbarik: Pentas Keras 2022 sememangnya padat dengan elemen bunyi rock, hard rock, rock n roll serta blues yang keras.
Konsert Mr Barbarik: Pentas Keras 2022 sememangnya padat dengan elemen bunyi rock, hard rock, rock n roll serta blues yang keras.

Tapi, sebelum itu lagi, aura konsert ini sudah mula dapat dirasakan apabila nama Konsert Mr Barbarik: Pentas Keras dan imejnya dipantulkan pada tirai konsert itu dengan feel rock yang cukup raw dan rugged menerusi tulisan dan artworknya. 

Sebaik sahaja montaj dan overture berakhir, tirai pantas dibuka dan penonton sudah mula bersorak. Apabila penulis menoleh ke belakang, ruang depan konsert itu sudah penuh dan padat. Begitu juga dengan bahagian tempat duduk di ruang atas. 

Tiket bagi Konsert Mr Barbarik: Pentas Keras 2022 ini habis dijual.
Tiket bagi Konsert Mr Barbarik: Pentas Keras 2022 ini habis dijual.

Ya! Begitulah penangan Konsert Mr Barbarik: Pentas Keras dan Joe Branko bersama Muss serta anggota pemuzik lain terus menguasai pentas itu dengan membawakan lima lagu tanpa henti iaitu Penunggu daripada album Double Trouble 2, Mayang Sulit dan Julang Timur Tengah (Mr Barbarik), Enigma (Biru Mata Hitamku) serta Dilailah (Mencari Asal Usul). 

Joe ibarat melepas geram, mungkin sudah lama menunggu untuk beraksi di pentas sebegitu untuk mencetuskan petikan dan plucking gita nya yang berhantu.

Dia tetap bermain untuk gitar utama dan rhythm, satu kelebihan yang jarang ada pada gitaris lain. 

Suasana di Zepp Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu.
Suasana di Zepp Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu.

Kerana itu, konsert ini hanyalah 5 piece band apabila Joe dan Muss turut diiringi Rozaimie selaku pemain bass, Ainoll (pemain dram) dan Adi Yamin iaitu pemain keyboard yang turut bertindak sebagai pengarah muzik bersama, membantu Joe untuk melengkapkan repertoire keseluruhan konsert ini. 

Konsert Mr Barbarik: Pentas Keras 2022 memberikan persembahan yang mantap.
Konsert Mr Barbarik: Pentas Keras 2022 memberikan persembahan yang mantap.

Joe sendiri mengakui kepuasannya sebagai pemuzik di dalam konsert ini adalah apabila dapat membawakan lima lagu pertama tersebut.

Muss yang sebelum ini khuatir tidak dapat menyampaikan lagu-lagu rock agresif di dalam konsert ternyata telah menjalankan tugasnya dengan cukup baik. 

Kudratnya mungkin tidak seperti mana zaman mudanya dahulu, tapi dia tetap seorang rocker sejati kerana berjaya membawakan kesemua lagu itu dengan baik dan paduannya bersama Joe dan pemuzik-pemuzik lain cukup serasi. 

Mael XPDC
Mael XPDC

Selepas membawakan lagu Biru Mata Hitam, Hati Sulam Yang Lain serta Gegar Gunung Gemoroh, konsert ini menjadi lebih hangat lagi dengan kemunculan seorang lagi rocker sejati, Mael XPDC. 

Mael XPDC dan Muss membawakan lagu Nasib Kita.
Mael XPDC dan Muss membawakan lagu Nasib Kita.

Bersama Mael XPDC, Muss membawakan lagu Nasib Kita. Ia memang sebuah lagu duet mereka di dalam album Best Of Wings. Persembahan mereka ternyata cukup bersejarah kerana belum pernah lagi mereka membawakan lagu ini bersama-sama di pentas yang besar dan petikan gitar Joe dengan lagu ini memang menggamit memori. Dan, memang vokal Mael di dalam lagu ini mempunyai 'trademark' yang tersendiri. 

Muss berduet dengan Asheed DefGabC dan membawakan lagu Singa Dan Harimau.
Muss berduet dengan Asheed DefGabC dan membawakan lagu Singa Dan Harimau.

Tidak habis lagi dengan kejutan tersebut, muncul lagi kejutan lain apabila Muss memanggil Asheed DefGabC untuk bersamanya di pentas membawakan lagu duet mereka, Singa Dan Harimau dalam album Mr Barbarik.

Ia juga lagu pertama yang mereka pernah bawakan di pentas besar dan ia memang satu persembahan yang cukuo hebat. Asheed memang menyengat dengan vokal uniknya menerusi lagu ini. 

Kejutan seterusnya adalah kemunculan Mel yang pernah menjadi vokalis Wings dalam album Orang Asing. Mel membawa lagu Sapu Tangan dalam albumnya bersama Wings itu sebelum berduet bersama Muss dalam lagu Semalam Yang Hangat. 

Nasib Kita dan Semalam Yang Hangat memang menjadi antara lagu yang digemari peminat muzik rock dan khususnya Wings (ketika ia dilancarkan) dan seluruh dewan Zepp bergema dengan nyanyian penonton bersama. Sesuatu yang memang sudah dijangka! 

Joe
Joe

Joe turut beraksi solo dengan lagu Samar Nan Terang yang dibawakan secara instrumental di atas pentas. Dia menggunakan beberapa gitar di dalam konsert ini tetapi untuk lagi Joe menggunakan Black Beauty. Bunyiannya seketul-seketul yang keluar. 

Apa yang melucukan juga, ada yang berpendapat Joe kelihatan seperti Lemmy Kilmister bekas anggota Motorhead tetapi gayanya bermain dan beraksi di atas pentas seperti Slash (Gun’s N Roses). Tidak dinafikan… 

Kemudian, Muss kembali menggegarkan pentas dengan lantunan vokalnya padu itu dengan lagu Teater Mahamega (Mr Barbarik), Blues Ular Sawa (Double Trouble 2) dan Padamkan Lampu (Mencari Asal Usul) sebelum mengakhiri persembahan dengan encore Keris Tak Ada Sarung (Mr Barbarik) apabila peminat tidak berganjak untuk pulang. 

Menurut penulis, Padamkan Lampu lebih sesuai dijadikan ‘encore’ berbanding Keris Tak Ada Sarung tapi mungkin Joe mempunyai sebab dan alasan tersendiri untuk berbuat demikian. 

Tapi, kerana Keris Tak Ada Sarung menjadi ‘encore’, mood untuk kembali berkonsert terus berbangkit semula. Barangkali, memang harus ada Mr Barbarik: Pentas Keras yang kedua pula selepas ini. Sekurang-kurangnya, itulah harapan kebanyakan peminat rock tanah air. - Getaran, 28 Disember 2022 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN