web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas 20 Tahun, Vokal Marcell Masih Berbisa, Peminat Terpukau Dengan Kelunakan Vokalnya 

Di akhir konsert solonya, Marcell kelihatan sungguh terharu dan hiba untuk meninggalkan pentas serta peminatnya di Malaysia. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 2:09PM

Marcell menyanyikan 20 lagu iaitu simbolik ulang tahun ke-20 pembabitannya sebagai penyanyi. - Gambar dari PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun selepas 20 tahun, suara penyanyi dari Indonesia, Marcell Siahaan masih berbisa dan berjaya memukau seluruh penonton yang hadir di Konsert Marcell Dua Dekade Live In Kuala Lumpur, yang berlangsung di Zepp KL iaitu sempena dua dekad pembabitannya sebagai penyanyi.

Biarpun Marcell bukanlah penyanyi yang memiliki banyak lagu hit di Malaysia, namun tidak bermakna peminat muzik tidak boleh menikmati muzik serta kemerduan suaranya.

Buktinya ramai yang hadir menyaksikan konsertnya solonya itu pada malam Jumaat lepas.

Sebanyak 20 lagu telah dipersembahkan oleh Marcell pada Konsert Marcell Dua Dekade Live In Kuala Lumpur.
Sebanyak 20 lagu telah dipersembahkan oleh Marcell pada Konsert Marcell Dua Dekade Live In Kuala Lumpur.

Konsert pada malam itu dibahagikan kepada tiga segmen dan dimulakan dengan lagu Ketika Kau Menyapa. 

Sebanyak 20 buah lagu telah dipersembahkan oleh Marcell pada malam itu yang juga merupakan simbolik ulang tahun ke-20 pembabitannya sebagai penyanyi. 

Antara lagu-lagu yang didendangkan pada malam itu adalah Jangan Pernah Berubah, Takkan Terganti, Peri Cintaku, Kini, Firasat, Bahasa Kalbu, Semusim, Hanya Memuji dan banyak lagi.

Marcell sempat berkongsi momen tatkala memenangi Anugerah Planet Muzik pertamanya ketika di Kuala Lumpur pada 2004.
Marcell sempat berkongsi momen tatkala memenangi Anugerah Planet Muzik pertamanya ketika di Kuala Lumpur pada 2004.

Lebih istimewa, Marcell turut mendendangkan dua buah lagu dari Malaysia yang dekat dengan dirinya. Lagu pertama ialah Putri Remaja yang menurut Marcell adalah lagu kegemaran ibu mentuanya. 

Lagu kedua pula ialah Rozana dari kumpulan Search yang dinyanyikan secara balada memandangkan isterinya iaitu Rima Melati sangat menggemari lagu-lagu rock.

Kedua-dua lagu ini berjaya disampaikan dengan baik oleh Marcell biarpun mengikut susunan muzik yang sedikit berbeza dari asal. 

Satu yang penulis rasakan saat duduk menonton konsert ini ialah perasaan tenang. Tenang mendengarkan alunan vokal Marcell yang merdu dan ‘bersih’.

Bukan mudah untuk mendendangkan 20 buah lagu tanpa kedengaran sumbang ataupun lelah. Tetapi Marcell berjaya mengawal mutu suaranya. 

Marcell turut mendendangkan dua lagu dari Malaysia iaitu Putri Remaja dan Rozana.
Marcell turut mendendangkan dua lagu dari Malaysia iaitu Putri Remaja dan Rozana.

Setiap kali Marcell mengalunkan lagu-lagunya, terasa seakan terbuai dalam kelunakan suaranya. Tambahan pula bait-bait lirik lagu Marcell kebanyakannya sangat membuai rasa.

Sekali gus menghidupkan suasana yang cukup romantis di segenap dewan Zepp Kuala Lumpur pada malam itu. 

Marcell juga tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana menerimanya dengan baik.

Malah dia sempat berkongsi momen tatkala memenangi Anugerah Planet Muzik pertamanya ketika di Kuala Lumpur pada tahun 2004.

Konsert ini juga merupakan simbolik ulang tahun ke-20 pembabitan Marcell sebagai penyanyi. 
Konsert ini juga merupakan simbolik ulang tahun ke-20 pembabitan Marcell sebagai penyanyi. 

Tiga persalinan dipakai Marcell pada malam itu untuk ketiga-tiga segmen dan kesemuanya segak belaka. 

Untuk Segmen terakhir, Marcell mengajak para peminatnya untuk berdansa ria menerusi lagu Hanya Memuji. Dewan Zepp pada saat itu terasa seperti disko tatkala melihat telatah peminat yang gembira berdansa mengikut rentak lagu itu yang merupakan lagu duet Marcell dan Shanty. 

Di akhir konsert, Marcell kelihatan sungguh terharu dan hiba untuk meninggalkan pentas dan peminatnya di Malaysia.

Mungkin terharu melihat sokongan dari peminat yang masih mendambakan kehadirannya di Malaysia biarpun sudah lama tidak beraksi di sini. 

Antara lagu-lagu yang didendangkan adalah Jangan Pernah Berubah, Takkan Terganti, Peri Cintaku, Kini, Firasat, Bahasa Kalbu, Semusim dan Hanya Memuji.
Antara lagu-lagu yang didendangkan adalah Jangan Pernah Berubah, Takkan Terganti, Peri Cintaku, Kini, Firasat, Bahasa Kalbu, Semusim dan Hanya Memuji.

Satu yang pasti, setiap peminat yang hadir pada malam itu pasti melangkah keluar dari dewan dengan satu perasaan yang puas dan membawa pulang kenangan yang mungkin tidak akan dilupakan sampai bila-bila. – Getaran, 16 Disember 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 14 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...