web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Yura Yunita Ajak Peminat Raikan Kehidupan Di Pertunjukan Tutur Batin KL!

Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur itu bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 2 Februari akan datang.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 8:02AM

Yura Yunita - Gambar oleh Renjana Idea

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Indonesia Yura Yunita bakal mengadakan konsert sulungnya di Kuala Lumpur bagi meraikan kejayaan karya yang pernah dihasilkannya bersama-sama peminatnya di sini. 

Konsert yang dinamakan Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur itu bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 2 Februari akan datang. 

“Lamaran ini tidak harus dilepaskan. Sejak album pertama sehingga Merakit dan Tutur Batin, ada banyak momen yang ingin saya kongsikan bersama peminat menerusi karya-karya yang dihasilkan.

“Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan menjadi ruang buat saya dan peminat berkongsi rasa dan meraikan kehidupan yang penuh liku tetapi tidak pernah patah semangat untuk berjuang,” ujar Yura dalam satu kenyataan akhbar.

Pengarah Urusan Renjana Idea, Aliya Arisya Anuar mengatakan sangat berbesar hati membawa Yura ke Malaysia kerana yakin penerima anugerah Artis Solo Wanita Pop Terbaik di Anugerah Muzik Indonesia 2022 ini akan memberikan magis yang luar biasa kepada pengunjung. 

Karya Yura mempunyai statement yang kuat dan selalu berbicara tentang semangat mahupun inspirasi dalam kehidupan.

“Ia banyak menyentuh tentang kelebihan dan kekurangan manusia sehingga mengajak kita untuk yakin dengan diri sendiri.

“Lagunya seperti Dunia Tipu-Tipu, Cinta dan Rahasia, Tutur Batin antara bukti betapa karya Yura sangat memberi inspirasi kepada kita semua. Sebab itulah Renjana Idea mahu semangat ini dikongsikan dalam Pertunjukan Tutur Batin,” ujar Aliya Arisya Anuar selaku pengarah urusan Renjana Idea.

Di Indonesia, Yura Yunita cukup terkenal sebagai salah seorang pelaku seni yang kerap  mengangkat lagu tradisional Sunda lalu disandingkan bersama genre fusion dengan pop moden. Antara karyanya adalah Bandung.

Single pertama yang dihasilkannya adalah Balada Sirkus pada 2014 selepas menyertai pertandingan realiti The Voice dan sempat menjadi anak didik kepada arwah Glenn Fredly.

Antara lagu hit lainnya adalah Intuisi, Pekat dan Berawal Dari Tatap. Tiket dijual bermula dari RM180 sehingga RM4,640 di goliveasia.com. - Getaran, 9 Disember 2022 

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN