web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Mahu Buat Konsert Untuk Papa - Nabila Huda

Nabila menyimpan hasrat yang sangat besar untuk mengadakan sebuah konsert kumpulan Search khas untuk bapanya.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 8:00PM

Nabila Huda - Gambar fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengacara Nabila Huda mencipta sebuah lagi sejarah baru apabila tiket konsert pertama anjurannya, Neptunes Presents laku keras dalam masa 50 minit.

Kejayaan konsert Senandung Malam yang membawakan Pusakata, Payung Teduh dan Efek Rumah Kaca itu sekali gus menjadi antara rekod penjualan tiket paling laju di laman Ticket2u.

Nampaknya, semuanya berjalan baik untuk permulaan perjalanan bagi penganjur konsert Neptunes Presents.

“Niat saya pada asalnya ialah nak dengar kumpulan Payung Teduh bernyanyi waktu hari ulang tahun kelahiran saya. Saya katakan pada suami hasrat itu, tiba-tiba dia sudah ‘lock’ mereka (Payung Teduh) sekali dengan Efek Rumah Kaca.

“Saya sangat gembira dan mahu berkongsi muzik-muzik yang bagus kepada lebih ramai orang. Bukannya terlalu mahu pastikan tiket laris atau sebagainya,” katanya kepada Getaran semasa ditemui di majlis sidang media konsert Senandung Malam, semalam.

Melihat kepada potensi Neptunes Presents sebagai penganjur acara, Nabila menyimpan hasrat yang sangat besar untuk mengadakan sebuah konsert kumpulan Search khas untuk bapanya.

“Jika kerjaya sebagai penganjur konsert ini dipermudahkan. Saya sebenarnya menyimpan harapan untuk mengadakan konsert Search untuk papa saya di masa hadapan. Siapa tahu, kan? Jika impian itu tercapai, ia akan menjadi memori terindah saya sebagai anak dan ayah,” tambahnya lagi.

Konsert Senandung Malam yang menampilkan Pusakata, Payung Teduh dan Efek Rumah Kaca ini merupakan siri pertama Outloud Indonesian Series oleh Neptunes Presents. Selepas ini, mereka akan membawakan lebih ramai lagi band serta artis daripada pelbagai negara untuk mengadakan konsert yang bersifat intim.

“Perancangan kami di Neptunes Presents, selepas mengadakan konsert intim. Jika laluan dipermudahkan, kita nak adakah sebuah festival muzik sendiri. Doakan kami,” katanya. - Getaran, 30 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 18 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN