web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Eksperimentasi Muzik Benzooloo Dalam 'Timbang Seni'

Lagu ini ditulis Benzooloo bersama Sabbala yang juga seoranhg rapper, setelah sekian lama mereka tidak menulis lagu bersama.

Indie Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 10:00AM

Benzooloo - Gambar ihsan Benzooloo

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rapper Benzooloo atau Bennye Francis tampil dengan single terbaharu bertajuk 'Timbang Seni' dengan alur muzik yang disuntik dengan elemen ‘gelap’ dalam kerancakannya.

Menurut Rapper kelahiran Sabah itu, lagu 'Timbang Seni' ditulis bersama-sama Sabbala yang juga merupakan seorang rapper. 

Ketika menulis lagu ini, mereka sedang bersantai dan seronok menghasilkan karya yang terbaik untuk industri muzik. Benzooloo juga menghargai dan sangat suka setiap momen yang di lalui bersama Sabbala.

"Setiap saat sepanjang penghasilan lagu ini adalah sangat istimewa bagi saya kerana saya sukakan rentaknya. Lagu ini mempunyai unsur-unsur yang ‘gelap’ namun ada kerancakkan terutama pada rentaknya. Jadi, ia dapat mengambarkan perasaan kami dalam keadaan gembira pada ketika itu" katanya dalam satu siaran akhbar.

Dalam pada itu, ramai yang mengenali anak kelahiran Negeri di Bawah Bayu ini dengan penulisan lagu dengan lirik yang panjang. Namun untuk single kali ini  Benzooloo keluar daripada ruang selesanya dengan menulis lirik pendek dan ringkas.

"Antara cabaran saya lalui adalah dalam aspek penulisan. Selama ini saya terbiasa menulis lirik yang panjang. Kali ini, saya belajar untuk jadikannya lebih ringkas dan berseronok saja ketika menulis,” jelasnya.

Untuk single kali ini, Benzooloo keluar daripada ruang selesanya dengan menulis lirik pendek dan ringkas
Untuk single kali ini, Benzooloo keluar daripada ruang selesanya dengan menulis lirik pendek dan ringkas

Selain itu, antara fakta yang menarik untuk dikongsikan adalah tempoh penghasilan lagu. Walaupun Benzooloo dan Sabbala sudah lama tidak menulis lagu bersama, namun mereka berjaya menghasilkan lagu ini hanya dalam tempoh sebulan. Sudah pasti Benzooloo mengharapkan single 'Timbang Seni' ini akan mendapat sambutan dari pendengar.

“Untuk tempoh penghasilan pula, kami mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkan lagu ini daripada permulaan hinggalah proses terakhir.

"Saya sebenarnya sedang bereksperimen dengan aliran dan bunyian baru untuk dibawakan ke halwa telinga pendengar. Justeru, saya berharap agar orang ramai boleh menikmati dan menerima baik taruhan terbaru saya ini," katanya menutup bicara.

'Timbang Seni' boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music. - Getaran, 25 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...