web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘N’ Kata Mahu Bertaubat - Farisha Iris Mengaku Putus Cinta Di Konsert Raisa

Di atas pentas, Farisha membuat panggilan video kepada bekas kekasihnya yang bernama ‘N’ itu namun tidak diberangkat.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 3:54PM

Raisa dan Farisha Iris - Gambar ihsan Hitman Solutions

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Farisha Iris membuat pengakuan terbuka menamatkan kisah cintanya dengan seorang jejaka bernama ‘N’ semasa konsert penyanyi Indonesia, Raisa semalam. 

Ceritanya bermula apabila Raisa ingin menyanyikan salah satu lagu hitnya bertajuk ‘Mantan Terindah’. Namun sebelum itu, Raisa membuka peluang kepada mana-mana pengunjung untuk naik ke atas pentas menyanyikan lagu itu bersamanya dengan syarat harus menelefon bekas kekasih mereka.

Dalam banyak-banyak pengunjung yang mengangkat tangan, pihak penganjur kemudian tidak sengaja memilih Farisha Iris untuk naik ke atas pentas. 

“Saya baru putus dua hari lepas. Dia kata mahu bertaubat,” dedah pelantun lagu 'Alasan Terindah' itu. 

“Mengapa dia mahu bertaubat daripada kamu?” tanya Raisa.

“Tak tahu, mungkin sebab saya haram,” jawapan Farisha spontan disambut gelak tawa pengunjung. 

Di atas pentas, Farisha membuat panggilan video kepada bekas kekasihnya yang bernama ‘N’ itu namun tidak diberangkat. Raisa kemudian meminta Farisha merakamkan video menyanyikan lagu 'Mantan Terindah' bersama-samanya untuk dikirimkan kepada bekas kekasihnya. 

Terdahulu, Farisha dikatakan sedang menjalin hubungan mesra dengan seorang pelakon bernama Niezam Zaidi. Mana tidaknya, masing-masing rajin berkongsi video manis di laman sosial. 

Namun begitu, kedua-duanya tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan hubungan cinta mereka. - Getaran, 21 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN