Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


RM BTS Akan Berkolaborasi Dengan Idolanya, Pharrell Williams Dalam Album Solonya 

Kolaborasi RM BTS dan Pharrell Williams akan menyusul selepas  munculnya kolaborasi BTS bersama penyanyi terkemuka Amerika Syarikat itu. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 8:09AM

RM BTS (kiri) dan Pharrell Williams. - Gambar dari Majalah Rolling Stone

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada 1 November lalu, media di Korea telah melaporkan ketua kumpuan BTS iaitu RM bakal melancarkan album solonya, yang dijadualkan pada 25 November ini. 

Syarikat pengurusan BTS iatu Big Hit Music telah mengesahkan perkara ini. 

“RM akan melancarkan album solonya dan dia kini sedang dalam persiapan”. 

Dengan kemunculan album solo ini, RM akan menjadi ahli ketiga BTS yang melancarkan projek album solo selepas J-Hope dengan Jack In The Box pada Julai lalu dan Jin menerusi The Astronaut, October lalu. 

Pada tarikh yang sama, majalah Rolling Stone pula memaparkan wawancara eksklusif di antara RM dengan penyanyi terkemuka Amerika Syarikat, Pharrell Williams. 

Kedua-dua mereka telah menjayakan wawancara tersebut dengan penuh jujur dan terbuka apabila berkongsi pelbagai pandangan, pengalaman, kerjaya, muzik dan perancangan mereka. 

Dalam wawancara tersebut juga, Pharrel mendedahkan dia telah bekerjasama dengan BTS menerusi salah satu lagu yang dimuatkan dalam album terbarunya, Phriends. 

“Projek saya ini dipanggil… menggunakan nama saya dan tajuknya album ini adalah Phfriends. Dalam volume satu, anda semua BTS akan berada di situ. 

“Saya tidak seharusnya bercakap lebih tentang perkara ini. Tapi lagu yang dinyanyikan BTS di dalam album saya cukup hebat. Saya benar-benar bersyukur,” katanya. 

RM kemudian menyuarakan pandangannya tentang kolaborasi lagi mereka bersama. 

“Saya sangat menyukai lagu itu,” katanya. 

Ia telah dipersetujui Pharrell”  

“Saya juga menyukainya. Semua orang yang mendengar memberikan reaksi, “Whoa”,” katanya yang dipetik dari Majalah Rolling Stone. 

Pharrell turut menyentuh mengenai projek solo album RM. 

“Saya akan mengatakan di sini. Kamu memberitahu bahawa album solo kamu telah siap sebanyak 90 peratus. Tapi, jika 10 peratus terakhir itu, kamu perlukan atau tidak perlukan saya, tetapi maksud saya…”. 

RM BTS dengan cepat menjawab tawaran Pharrell itu. 

“Saya sentiasa memerlukan kamu, selama 15 tahun”. 

RM memang diketahui adalah peminat tegar Pharrel Williams selama bertahun-bertahun dan amat berharap untuk bekerja dengan penyanyi antarabangsa itu suatu hari nanti.

Nampaknya, amat yang dihajati RM itu akan terlaksana dan selepas munculnya lagu kolaborasi BTS bersama Pharrell dalam albumnya nanti, ia akan disusuli dengan kolaborasi RM bersama Pharrell pula untuk projek album solonya. – Getaran, 3 November 2022. 

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 11 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 19 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran