web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiket Sold Out Kurang Sejam, Peminat Harap Senandung Malam Anjur Hari Kedua

Senandung Malam yang menerbangkan  Efek Rumah Kaca, Payung Teduh dan Pusakata ke Malaysia bakal memberikan sebuah pengalaman yang bermakna sepanjang konsert November ini. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 4:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menampilkan solo dan dua band terkenal Indonesia, Konsert Senandung Malam menepati ramalan apabila tiket mereka laris bagai pisang goreng panas tidak sampai satu jam jualan dibuka.

Payung Teduh - Gambar ihsan Neptunes
Payung Teduh - Gambar ihsan Neptunes

Senandung Malam yang menerbangkan  Efek Rumah Kaca, Payung Teduh dan Pusakata ke Malaysia bakal memberikan sebuah pengalaman yang bermakna sepanjang konsert yang dijadualkan berlangsung di Zepp KL pada 30 November 2022.

Pertama kali menganjurkan konsert sempena hari lahirnya, pelakon Nabila Huda berharap Senandung Malam dapat mengembalikan nostalgia peminat melalui lagu-lagu yang disampaikan mereka.

“Saya percaya penggemar muzik aliran indie,folk atau rock yang sangat mengikuti dekat tentang karya dan perkembangan terkini Payung Teduh, Pusakata dan Efek Rumah Kaca tidak akan melepaskan peluang keemasan menonton kehebatan mereka dalam Senandung Semalam.

“Bagi saya Payung teduh, Pusakata dan Efek Rumah Kaca adalah contoh muzik yang akan membawa kita mengembara ke satu alam yang amat menyenangkan. Jadi saya mengajak peminat peminat muzik untuk bersama-sama saya bernyanyi di senandung malam,” ujar Nabila Huda selaku penganjur.

Efek Rumah Kaca - Gambar Neptunes
Efek Rumah Kaca - Gambar Neptunes

Pelbagai reaksi diberikan peminat melihat kepada jualan tiket yang memberangsangkan.

“Aku tersilap pandang rendah ingatkan pengaruh Efek Rumah Kaca, Payung Teduh dekat Malaysia dah merudum. Selamba betul peminat mereka sold out tiket tak sampai satu jam,” tulis satu komen di Twitter.

“Tolonglah tambah hari,” kata komen yang lain. 

“Punyalah waiting list satu jam tiba-tiba dah sold out. Fuh,” kata seorang pengguna. 

Terdahulu, tiket dijual bermula dengan harga RM180 (cat 2 & 4), RM220 (cat 1 & 3), manakala RM650 untuk sesi eksklusif meet & greet. - Getaran, 1 November 2022


 

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN