web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kurangkan Beban Pemuzik Jalanan, K-KOMM Akan Bincang Dengan Beberapa Kementerian

Isu yang sedang menekan para pemuzik jalanan ketika ini ialah berkaitan bayaran tapak atau lesen dan juga royalti yang terpaksa mereka tanggung sedangkan kita tahu mereka ini buat persembahan pun tiada bayaran dikenakan.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 9:07PM

K-KOMM akan mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian bagi mencari kaedah mengurangkan bebanan pemuzik jalanan termasuk isu bayaran royalti - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian bagi mencari kaedah mengurangkan bebanan pemuzik jalanan termasuk isu bayaran royalti. 

Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata perbincangan itu melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Isu yang sedang menekan para pemuzik jalanan ketika ini ialah berkaitan bayaran tapak atau lesen dan juga royalti yang terpaksa mereka tanggung sedangkan kita tahu mereka ini buat persembahan pun tiada bayaran dikenakan.

“Ada sesetengah tempat kerajaan tempatan kenakan bayaran yang agak tinggi, kalau boleh kita mahu bincang supaya ia dapat diberi percuma atau kenakan bayaran yang minimum,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Sesi Santai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia bersama Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia di sini, hari ini. 

Mengenai bayaran royalti pula, Zahidi berkata pihaknya juga dalam perancangan untuk mewujudkan Perbadanan Muzik yang dilihat dapat membantu mengurangkan bebanan pemuzik jalanan itu. 

“Selain itu, melalui inisiatif MyCreative Ventures juga kita akan lihat bagaimana untuk kita adakan pertunjukan yang kita anjurkan sendiri yang tujuannya untuk beri peluang kepada para pemuzik jalanan ini mengadakan persembahan mereka,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...