web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aduhh!!! Douglas Lim Bersatira Pula Dalam Hip Hop, Kisah Jejaka Yang Ketampanannya Menyakitkan

Ia turut menyaksikan kolaborasi Douglas yang pertama bersama penyanyi rap dan penerbit Hip Hop terkenal, SonaOne menerusi lagu berjudul Aduhh!!!. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 8:28AM

SonaOne (kiri) dan Douglas Lim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa sangka dalam diam-diam, pelawak, pelakon dan penyampai radio Douglas Lim rupa-rupanya mempunyai impiannya untuk menerbitkan lagu hip hop nyanyiannya sendiri. 

Impiannya itu akhirnya berjaya direalisasikan menerusi sebuah projek khas terbitan Def Jam Malaysia bersama Alternate Records. 

Bahkan, ia turut menyaksikan kolaborasinya yang pertama bersama penyanyi rap dan penerbit Hip Hop terkenal, SonaOne menerusi lagu berjudul Aduhh!!!. 

“Memang impian saya sejak sekian lama untuk merakamkan sebuah lagu hip hop,jadi bila SonaOne bersetuju untuk membantu saya menjayakan projek ini, saya benar-benar gembira. 

“Saya berlatih dan berlatih berkali-kali sebelum rakaman namun dia membuat pengalaman ini menjadi seronok serta sangat menarik,” kata Douglas. 

SonaOne (kiri) dan Douglas Lim
SonaOne (kiri) dan Douglas Lim

Namun, sesuai dengan imejnya sebagai seorang lelaki yang kaya dengan humour, Aduhh!!! Adalah sebuah lagu hip hip berbentuk satira yang nakal dengan melalodi yang rancak serta ‘hook’ yang hebat. 

ADUHH!!!” menceritakan tentang kisah keyakinan diri yang jitu dan boleh dicontohi sesiapa sahaja dalam kehidupan harian. 

“Bayangkan ia seperti seorang jejaka yang sangat yakin dan selesa dengan penampilannya sehingga merasa dia terlalu kacak sampai ketampanannya itu menyakitkan,” seloroh Douglas penuh lucu.

Proses rakaman lagu berjalan lancar kerana kedua-duanya telah memberikan yang terbaik dan menonjolkan kekuatan masing-masing demi melengkapi intipati lagu dan memberikan makna sebenar karya ini.  

“Saya mahukan lagu ini berentak rancak dan mampu menyemarakkan suasana dengan bunyi yang sesuai bersama mainan,'' kata Douglas. 

“Muzik dan komedi memang mampu menyatu seperti yang pernah dibuktikan oleh bintang-bintang dunia seumpama Weird Al Yankovic, Jack Black serta bintang tempatan Jin Hackman. Jadi saya sudah menjangkakan bahawa projek ini pasti bakal mudah prosesnya.

“Sengaja juga saya menggunakan perkataan Aduhh!! di dalam lagu ini kerana saya sedar Douglas Lim kerap menggunakannya. Ia memberikan saya inspirasi menggunakan perkataan itu ,” kata SonaOne. - Getaran, 26 Oktober 2022 

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 23 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN