web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bakal Berikan Kejutan, Giliran Noah Pula Beraksi di Zepp KL Pada 12 November Ini 

Band yang ditubuhkan pada Ogos 2012 ini turut berbesar hati untuk membuat persembahan di Malaysia bagi menghiburkan serta mengubati kerinduan peminat-peminat di sini.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2022 5:18PM

Noah - Gambar dari YOLO Malaysia 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika ada yang mengatakan Noah sudah pun berundur daripada industri muzik, mungkin kenyataan ini boleh ditarik balik kerana hakikatnya mereka masih tidak lelah untuk meneruskan kerjaya muzik mereka. 

Bahkan, Noah bakal menjayakan konsert NOAH Live In KL di Zepp Kuala Lumpur pada 12 November ini pada pukul 8.30 malam. 

Dianjurkan YOLO Malaysia, Noah yang kini dianggotai Nazril Irham selaku (vokalis), Lukma Hakim (gitaris) serta David Albert Dorfel (keyboardist) bakal membuat persembahan tanpa henti selama 90 minit. 

Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, Haniff Hamzah berkata, pihaknya telah bersedia menerobosi lapangan hiburan muzik ke rantau yang luas setelah berjaya menganjurkan enam buah konsert ‘YOLO Live Sessions’.

“Sebagai permulaan, kami akan bawakan artis-artis dari rantau Asia Tenggara terlebih dahulu bermula dengan Noah,” katanya. 

Band yang ditubuhkan pada Ogos 2012 ini turut berbesar hati untuk membuat persembahan di Malaysia bagi menghiburkan serta mengubati kerinduan peminat-peminat di sini.

“Noah akan beraksi selama 90 minit tanpa henti dan pada malam konsert nanti juga, tiga pemuzik profesional akan mengiringi persembahan mereka dan ada kejutan yang bakal dipersembahkan,” jelas Penerbit Kreatif YOLO Malaysia, Hamka Mohd Taufik. 

Buat makluman semua, sebelum mana-mana konsert anjuran YOLO Malaysia bermula, tempoh pra-pendaftaran telah pun diperkenalkan buat pembeli untuk mendapatkan tiket di peringkat awal, setelah itu baharulah bakinya dijual secara umum untuk semua. 

Pihak penganjur menyarankan agar pembeli mengikuti kesemua platform media sosial YOLO Malaysia bagi mendapatkan maklumat yang terkini. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web yoloasia.com.  – Getaran, 19 Oktober 2022 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 21 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...