web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsert Exists Reunion Kembali Ke Singapura, Jadi Lokasi Pertama Konsert Jelajah Mereka 2023

Konsert Exists Reunion ini diadakan semula dengan membawa formasi asal kumpulan ini atas permintaan daripada peminat Exist di Singapura. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 10:16AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ibarat konsert karaoke! Begitulah jadinya saat kumpulan Exist mengadakan Konsert Exist Reunion yang tiketnya habis dijual dalam tempoh dua hari di The Theatre at Mediacorp, Singapura pada 5 Oktober 2019. 

Apa tidaknya, dari awal hingga akhir, peminat mereka ikut menyanyi bersama-sama pada setiap lagu dan ia telah meninggalkan kenangan cukup manis buat peminat mereka di sana.  

‘Nampaknya, kenangan manis itu bakal berulang semula kerana Exist akan kembali dengan Konsert Exist Reunion pada 14 Januari di lokasi yang sama di negara Temasek itu. 

Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim berkata, menyaksikan para penonton menyanyi bersama-sama di Konsert Exists Reunion di Singapura adalah antara kenangan terindah mereka, sama seperti di Stadium Malawati sebelumnya. 

“Kami bawakan konsert ini kembali kerana mengerti dengan kerinduan peminat yang sudah menunggu kehadiran Exists Reunion usai pandemik melanda dunia,” kataya. 

Tambahannya lagi, pihak Shiraz Projects sering mendapat pertanyaan bilakah lagi Exists Reunion akan kembali lagi ke Kota Singa. 

“Memahami kerinduan yang mereka rasakan, kami bawakan Exists Reunion ke The Theatre at Mediacorp, Singapura sebagai lokasi pertama dalam rangkaian siri jelajah Exists Reunion pada tahun 2023. 

“Lokasi yang seterusnya akan diumumkan kelak. Buat masa sekarang kami ingin memberikan berita baik ini kepada peminat di Singapura dahulu,” tambah Shiraz yang juga teruja dengan sambutan terdahulu yang diberikan oleh peminat Exists Reunion di Singapura. 

Untuk kumpulan yang ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1991, mereka juga sangat teruja untuk bertemu mata dan berkongsi tenaga menyanyi bersama-sama peminat di Singapura pada tahun hadapan. 

“Kami sentiasa teruja dan menghargai sokongan yang diberikan oleh para peminat di Singapura. Ketika kali pertama kami muncul di Singapura atas nama Konsert Exists Reunion, sambutan yang diberikan sangat membuatkan kami terharu. 

“Oleh itu, kami ingin kembali lagi untuk sama-sama membina momen-momen indah bersama para peminat yang tidak putus-putus menyokong perjalanan karier. Jadi jangan lupa dapatkan tiket segera,” ujar Ajai mewakili kumpulan Exists Reunion.

 Konsert Exists Reunion buat pertama kalinya dalam sejarah menggabungkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis mereka Mamat dan Ezad pada tahun 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam dan The Theatre at Mediacorp. 

Konsert Reunion Exists pada 14 Januari depan menjanjikan sebuah nostalgia buat peminat kerana ini merupakan lokasi pertama mereka dalam rangkaian jelajah yang akan berlangsung pada tahun 2023. 

Tiket berharga SGD245 (Meet & Greet), SGD155 (Diamond), SGD135 (Platinum), SGD95 (Gold), SGD75 (Silver) untuk peminat melakar sejarah bersama mereka. 

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila layari www.myticket.asia untuk tempahan tiket. Bagi informasi atau update terkini, layari laman sosial Exists dan Shiraz Projects. – Getaran, 18 Oktober 2022 

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 21 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN