web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aina Abdul Trending, Digelar 'Future Legend' Rujukan Generasi Penyanyi Sekarang!

Datuk Ramli MS yang mesra disapa Tok Ram tiba-tiba memanggil semula Aina ke pentas, usai persembahan duetnya bersama Jaclyn Victor.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 8:30AM

Ainal Abdul - Gambar dari Instagram ainaabdul

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persembahan memukau penyanyi Aina Abdul di pentas Gegar Vaganza telah mencuri tumpuan ramai sekali gus menjadikannya topik paling banyak diperkatakan sejak malam tadi. 

Aina ditugaskan menjadi rakan duet untuk persembahan Jaclyn Victor, masing-masing menyanyikan lagu Cinta yang dipopularkan Marsha Milan Londoh untuk konsert minggu kelima Gegar Vaganza.

Aina Abdul dan Jaclyn Victor ketika membuat persembahan malam tadi. - Tangkapan layar dari YouTube Astro Gempak
Aina Abdul dan Jaclyn Victor ketika membuat persembahan malam tadi. - Tangkapan layar dari YouTube Astro Gempak

Persembahan yang cukup bertenaga serta padat emosi itu telah disampaikan dengan cemerlang membuatkan penonton dan juri berdiri memberikan standing ovation sebagai penghormatan.

Selepas persembahan, Aina dilihat meninggalkan pentas seperti yang dilakukan oleh semua penyanyi jemputan. 

Bagaimanapun juri tetap iaitu Datuk Ramli MS yang mesra disapa Tok Ram tiba-tiba memanggil semula Aina ke pentas dan memberikan pujian kepada penyanyi yang berasal dari Johor Bahru itu.

Ramli MS
Ramli MS

“Saya panggil kamu sebab kamu adalah rujukan untuk penyanyi generasi sekarang.

“Saya harap kamu berdua (Aina dan Jac) akan bernyanyi sampai bila-bila hingga ke akhir hayat kamu. 

“Pernafasan, tenaga yang diberikan fuh kamu berdua macam dua naga bernyanyi.” kata Tok Ram disambut tepukan gemuruh seisi dewan. 

Peminat turut berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan Aina sepanjang persembahannya malam tadi. 

“Ini kali pertama penyanyi jemputan kena panggil balik naik pentas. Dia memang vocal queen Malaysia. Dialah Aina Abdul!” tulis satu komen. 

“Betul Tok Ram, Aina adalah queen untuk generasi ini,” kata seorang pengguna. 

“Sebelum ini Tok Ram iktiraf Siti Nurhaliza sebagai penanda aras, kali ini giliran Aina terima pengiktirafan tersebut,” tulis satu tweet.

Jac sebelum ini menyatakan pemilihan Aina adalah selari dengan hasratnya untuk memilih rakan duet yang tidak banyak melakukan kesilapan semasa bernyanyi.

Menurut Jac, Aina adalah anak muda yang mempunyai rekod nyanyian yang cemerlang. - Getaran 17, October 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu