web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Band Padi Reborn Buat Konsert di Malaysia, Sambut Ulang Tahun Ke-25

Berita baik buat Sobatpadi, band muzik Indonesia ini bakal membawa peminat mengimbau perjalanan seni mereka yang bermula pada tahun 1997. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 7:00PM

Kumpulan Padi kini dikenali sebagai Padi Reborn. - Gambar ihsan Qew Comm

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Band terkenal Indonesia, Padi bakal menggegarkan Kuala Lumpur dengan konsert sempena meraikan 25 tahun mereka bergelar penyanyi. 

Konsert 25 Tahun Padi Reborn yang berlangsung pada 3 Disember di Zepp Kuala Lumpur itu akan membawa penonton untuk sama-sama mengimbau perjalanan seni mereka yang bermula pada tahun 1997. 

Pernah berehat seketika selama tujuh tahun dalam industri hiburan pada tahun 2017, kumpulan ini kembali semula dengan membawa nama yang baru iaitu Padi Reborn dan bersedia menyapa peminatnya yang digelar Sobatpadi. 

Gambar ihsan Qew Comm
Gambar ihsan Qew Comm

“Ini adalah sebuah kesempatan yang mengujakan buat seluruh anggota Padi Reborn kerana akan merayakan perjalanan dan ulang tahun jubli perak kami yang ke-25 di Malaysia.

“Terima kasih kerana masih mahu berjalan harmoni dengan Padi Reborn lagi,” ujar pengasas serta pemain gitar Padi Reborn, Piyu.

Sementara itu Pengarah Qew Comm, Datin Rahizahwati Yahya juga melahirkan rasa syukur kerana sepanjang pandemik melanda dunia, sesuatu yang tertunda termasuk keinginan mereka membawa Padi Reborn kembali ke Malaysia menjadi nyata.

“Kami percaya dengan kembalinya Padi Reborn ke Malaysia sempena ulang tahun ke-25 akan memberi satu lagi justifikasi tentang kumpulan yang mempunyai pengaruh dan peminatnya sendiri ini sebagai penghibur yang tidak akan mati ditelan zaman,” ujarnya.

Tiket-tiket sudah mula dijual dengan harga RM199 (CAT 1), RM169 (CAT 2), RM339 (CAT 3), RM269 (CAT 4) dan RM6,000 (VIP) di https://www.ticket2u.com.my. - Getaran, 28 September 2022

Gambar ihsan Qew Comm
Gambar ihsan Qew Comm

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 18 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...