web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kini ARMY Boleh Tengok Konsert BTS Sambil Lipat Kain Dekat Rumah!

Menurut laporan Billboard, BTS Permission to Dance On Stage di LA mencipta rekod luar biasa dengan penjualan tiket sebanyak 214,000 bernilai AS$33.3 juta.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 10:09AM

Konsert BTS Permission to Dance On Stage di LA - Gambar ihsan Disney.com

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ini berita gembira buat ARMY yang tak cukup duit nak beli tikat kapal terbang sewaktu konsert Bangtan Sonyeon (BTS) diadakan di Los Angeles dulu.

Kini, platform penstriman Disney+Hotstar akan menayangkan semula konsert Permission to Dance On Stage. Bolehlah anda layan semula konsert ini sambil memasak atau lipat kain dekat rumah.

Filem konsert ini merupakan sebuah dokumentari yang menceritakan detik-detik istimewa BTS semasa bertemu dengan peminatnya selepas dua tahun dunia dilanda pandemik COVID-19. 

Dalam konsert yang pernah diadakan di SoFi Stadium Los Angeles pada 27-28 November dan 1-2 Disember 2021, BTS menyanyikan beberapa lagu hit mereka seperti Fire, ON, Life Goes In, Dynamite Butter dan Permission to Dance.

Bukan itu sahaja, menurut laporan Billboard, BTS Permission to Dance On Stage di LA mencipta rekod luar biasa dengan penjualan tiket sebanyak 214,000 bersamaan AS$33.3 juta dolar.

Sebenarnya, konsert ini merupakan kemunculan kedua BTS di platform ini. 

Terdahulu, Disney+Hotstar pernah menayangkan IN THE SOOP: Friendcation yang menampilkan V daripada BTS yang pergi bercuti bersama-sama kawannya dari Wooga Squad. 

IN THE SOOP: Friendcation menunjukkan dengan lebih jelas persahabatan antara V BTS, pelakon Park Seo Joon, Choi Woo Shik, Park Hyung Sik, dan ahli muzik Peakboy. - Getaran, 14 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN