web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Pemenang Kategori Utama AIM23 Bakal Menerima Hadiah Dana Berjumlah RM320,000

4 kategori itu ialah Album Terbaik, Lagu Terbaik, Video Muzik Terbaik dan Artis Baharu terbaik

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 12:09PM

Anugerah Industri Muzik ke 23 (AIM) akan berlangsung pada 11 September ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat julung-julung kalinya, hadiah lumayan menanti empat pemenang utama Anugerah Industri Muzik ke 23 (AIM) yang bakal berlangsung pada 11 September ini. 

Ia akan menjadi detik yang pasti tidak dapat dilupakan bagi empat pemenang kategori 'Artis Baharu Terbaik', 'Video Muzik Terbaik', 'Lagu Terbaik' dan 'Album Terbaik' apabila mereka bukan sahaja akan membawa pulang trofi ikonik itu, tetapi turut menerima Dana Kandungan Digital atau DKD Industri Muzik yang diberikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) sebagai satu bentuk galakan dan insentif kepada penggiat industri muzik.

Pemenang kategori anugerah terpilih akan menerima DKD sebanyak RM50,000 setiap seorang untuk 'Artis Baru Terbaik' dan 'Lagu Terbaik', RM20,000 untuk 'Video Muzik Terbaik' dan RM200,000 untuk 'Album Terbaik'.

DKD merupakan antara inisiatif penting kerajaan dalam membantu dan menggalakkan pengamal industri kreatif untuk menghasilkan, memasarkan serta mengedar kandungan kreatif yang tinggi nilainya kepada pasaran tempatan serta antarabangsa. 

Ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen kerajaan melalui K-KOMM dalam memupuk pertumbuhan industri kreatif termasuk industri muzik yang berpotensi besar sebagai salah satu tonggak utama pertumbuhan ekonomi dalam ekonomi digital baharu.

Menurut Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Jawatankuasa Penganjur AIM23, Rosmin Hashim, pihaknya baharu sahaja menerima berita gembira ini daripada K-KOMM dan RIM selaku penganjur AIM dan amat menghargai serta berterima kasih atas sokongan yang diberikan kerajaan terhadap penggiat industri muzik tempatan. 

Rosmin Hashim 
Rosmin Hashim 

Selaras dengan matlamat AIM untuk meningkatkan kualiti kandungan kreatif, inisiatif melalui DKD kepada empat pemenang kategori utama AIM ini akan menjadi pemangkin kepada penggiat industri muzik untuk menghasilkan karya kandungan kreatif berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa’’.

Sebagai contoh, DKD yang diperuntukkan untuk pemenang kategori anugerah ‘Artis Baharu Terbaik’ boleh digunakan untuk menghasilkan single yang lebih berkualiti untuk penerima sekali gus meningkatkan pembangunan kerjaya artis tersebut.

Sementara pemberian DKD kepada Pemenang anugerah 'Lagu Terbaik' akan membolehkan penerima menghasilkan single dan video muzik baharu dengan kualiti pengeluaran yang lebih tinggi.

Selain itu, pemberian DKD turut diberikan kepada pemenang kategori anugerah 'Video Muzik Terbaik' dan ‘Album Terbaik’ bertujuan mengalakkan penghasilan lebih banyak album yang berkualiti tinggi dan berpotensi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. 

DKD yang diperuntukkan untuk pemenang AIM23 akan diberikan melalui syarikat rakaman kepada pemenang masing-masing agar pelaburan DKD tersebut mencapai impak maksimum dan produktif serta melibatkan pelbagai rantaian peluang pekerjaan di dalam ekosistem industri muzik tempatan. - Getaran, 9 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 15 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...