web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hari Malaysia: Persembahan Konsep Muzikal Imbau Kembali Nostalgia Era 60-An

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 9:56AM

Jamal Abdillah bakal mendendangkan lagu ‘Mentera Semerah Padi’ serta mengenakan busana pahlawan Melayu pada sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Kebangsaan ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengunjung sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Kebangsaan pada 16 September ini berpeluang mengimbau kembali nostalgia era 60-an menerusi persembahan berkonsep muzikal di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di Melaka.

Pengarah Bahagian Pengembangan Seni Budaya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Rosnan Nordin berkata persembahan berkonsep muzikal berkaitan Semenanjung, Sabah dan Sarawak itu juga dipilih bagi mendidik orang ramai mengenai peristiwa bersejarah di lokasi tersebut.

“Penonton dan tetamu akan berpakaian busana era 60-an dan etnik, kita hendak (orang ramai) merasai zaman itu. Persembahan kita juga bertepatan dan bersesuaian dengan pakaian penonton.

“Sebagai contoh, dalam persembahan pembukaan kita ada empat segmen antaranya ‘Kebangkitan Pahlawan’ ialah untuk mengetengahkan pahlawan bukan sahaja dari Semenanjung tetapi juga Sabah dan Sarawak,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV.

Beliau berkata kisah pejuang kemerdekaan termasuk Mat Kilau, Datuk Bahaman, Antanom, Mat Salleh, Rentap dan Rosli Dhobi akan diangkat menerusi segmen itu selain menampilkan penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah yang akan mendendangkan lagu ‘Mentera Semerah Padi’ serta mengenakan busana pahlawan Melayu.

Menerusi persembahan berkonsep muzikal ini, Rosnan berkata masyarakat boleh menghayati sejarah penubuhan tanah air dengan lebih mendalam seterusnya menerapkan patriotisme dan mengukuhkan jati diri.

Melaka merupakan negeri pertama di Semenanjung yang dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia selain Sarawak dan Sabah.

Kira-kira 20,000 pengunjung dijangka memeriahkan sambutan itu selain pelbagai aktiviti serta program kesenian dan kebudayaan akan turut diadakan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 18 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...