Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tiba-Tiba Terkenal, Pamungkas Road Trip 2 Bulan Hasilkan Album Birdy

Kali pertama mengadakan konsert di Malaysia dalam rangka promosi konsert jelajahnya di Asia Tenggara, penyanyi itu mengakui teruja di samping memberi hadiah khas buat peminat di Malaysia dengan persembahan selama satu jam setengah

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 8:10PM

Pamungkas - Gambar dari Instagram

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nama penyanyi Indonesia, Pamungkas tiba-tiba menjadi terkenal di Malaysia apabila lagunya To The Bone menjadi tular di platform Tik Tok ketika pandemik tahun lalu.

Penyanyi itu turut terkejut melihat pengikutnya di laman Instagram yang dahulunya hanya berjumlah 100,000 tiba-tiba naik mendadak sehingga 1 juta semenjak lagu To The Bone tular.

Kemudian, satu per satu lagunya mendapat sambutan sehingga dinobatkan sebagai artis yang lagunya paling banyak dimainkan di Spotify Indonesia pada tahun lalu.

“Saya merasakan populariti sebagai kanta pembesar yang membuat semua orang melihat anda. 

“Saya akui kehilangan sedikit privasi. Namun begitu, apa yang paling penting ialah proses peningkatan (diri). Ia lebih penting daripada jumlah pengikut,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media konsert jelajah album Birdy Pamungkas, baru-baru ini. 

Kali pertama mengadakan konsert di Malaysia dalam rangka promosi konsert jelajahnya di Asia Tenggara, penyanyi itu mengakui teruja, selain memberi hadiah khas buat peminat di Malaysia dengan persembahan selama satu jam setengah yang tidak dilakukan di mana-mana negara. 

“Malaysia satu-satunya negara yang kami buat persembahan selama satu jam setengah dan sebelum itu, saya ada buka pertanyaan di Instagram tentang lagu yang akan dinyanyikan dan mereka meminta saya nyanyi dari album yang sebelumnya,” tambahnya.

Pamungkas
Pamungkas

Album baharunya, Birdy menampilkan 11 lagu ditulis sepanjang musim pandemik. 

Pamungkas mengakui ketika itu dia sedang tertekan dan memilih untuk memandu kereta sepanjang 1,500 kilometer dari Jakarta ke Bali. 

Sepanjang perjalanan itu, Pamungkas telah menulis semua lagu-lagunya yang termuat dalam album ini. 

“Semasa pandemik, saya tertekan kerana tidak berbual dengan sesiapa. Saya pula bukan seorang yang cenderung kepada mesej. Saya sebenarnya lebih selesa jumpa orang secara berdepan. 

“Tambahan lagi, saya tinggal seorang diri. Kalau hubungi ibu bapa pun melalui panggilan video menyebabkan mental saya lama-kelamaan makin terganggu.

“Jadi, saya buat keputusan untuk memandu seorang diri dari Jakarta ke Bali yang jaraknya lebih kurang 1,500 kilometer. Saya siapkan baju di dalam beg untuk road trip dua bulan ke Bali. 

“Sepanjang perjalanan itu, saya menulis  lagu yang ada di dalam album Birdy. Ia pengalaman yang berbeza kerana saya menyiapkan lagu ini sendiri. Ia membolehkan saya berfikir lebih jelas dan mencurahkan apa yang saya rasa,” katanya yang sangat meminati The Beatles.

Menyingkap kembali perjalanannya bergelar artis, Pamungkas terharu melihat muziknya semakin diterima ramai. Namun begitu, dia merasakan setiap muzik yang dihasilkan mempunyai tanggungjawab dan jangkaan yang lebih besar oleh peminat. 

“Saya sebenarnya berfikir, kalau hidup ini baik dan bagus sahaja maka saya perlu rasa curiga. Kerana saya percaya setiap kejayaan ada proses dan jalannya yang tidak mudah. Jika melihat kembali perjalanan saya, ia sangat mematangkan saya sebagai seorang individu. 

“Lebih ramai pendengar, lebih besar tanggung jawab dan lebih besar jangkaan peminat yang cuba saya sempurnakan. Tapi saya akan terus menikmati proses ini seperti anak kecil,” katanya menutup temu ramah. 

Terdahulu, Pamungkas mengadakan konsert jelajahnya di Malaysia selepas Filipina dan Thailand. Dia turut menyifatkan konsertnya di negara ini adalah yang paling seronok dan 'gila' sepanjang tempoh jelajah. - Getaran, 6 September 2022







 

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

oleh Wartawan Hiburan Getaran