web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jika Tarikh Lancar Lagu Punca 'Mimpi' Gagal Dalam Senarai Top 5, Kenapa Tidak Beritahu Awal-Awal? - FMC Music 

“Dari proses awal pencalonan lagu Mimpi ini lagi, kita sudah tanya pihak pengurusan AIM, adakah semuanya okay. Tapi, kata mereka tiada masalah”- FMC Music

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 9:05PM

Haqiem Rusli - Gambar dari Instagram

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

''Jika tarikh pelancaran lagu yang menjadi ‘punca’ utama kegagalan lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli berada di dalam senarai akhir pencalonan Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM 23), mengapa dari awal lagi penyertaan lagu ini diterima pihak pengurusan anugerah ini?''.

Itulah persoalan yang dikemukakan wakil label FMC Music apabila diminta mengulas kenyataan ketua juri AIM 23, Datuk Mokhzani Ismail mengenai isu kegagalan lagu 'Mimpi' tersenarai dalam kategori Top 5. 

''Dari proses awal pencalonan lagu Mimpi ini lagi, kita sudah tanya pihak pengurusan AIM, adakah semuanya okay. Tapi, kata mereka tiada masalah. Kita juga cuba pastikan, borang pendaftaran yang diisi beserta bahan-bahan lain memenuhi kehendak mereka. 

''Bahkan, pencalonan untuk enam kategori lagu 'Mimpi – Haqiem Rusli ini juga kita bayar. Kalau dari awal lagi sudah ada masalah, kenapa mereka tidak beritahu awal-awal? Kenapa mereka terima pendaftaran kami. 

''Mereka boleh sahaja memaklumkan...maaf, kami terpaksa tolak pencalonan lagu 'Mimpi' ini disebabkan masalah sekian-sekian. 

''Kenapa bila sudah dicalonkan baru mereka hendak jelaskan tentang soal tarikh pelancaran lagu 'Mimpi' ini?,” soal wakil FMC Music lagi. 

Mengenai tarikh lagu 'Mimpi' yang dikatakan dilancarkan pada Disember 2019 pula, wakil FMC menjelaskan bahawa sebenarnya lagu itu dilancarkan di YouTube pada 7 Januari.  

''Itu adalah tarikh rasmi kita luncurkan lagu ‘Mimpi’. Cuma untuk streaming sahaja kita keluarkan beberapa hari awal disebabkan keluarnya tarikh drama bersiri Bidadari Salju. Lagu Mimpi juga adalah Runut Bunyi (OST) drama bersiri tersebut. 

''Tidak adillah kalau hendak mengambil tarikh streaming lagu itu sedangkan secara rasminya ia dilancarkan di YouTube pada bulan Januari. 

''Kita persoalkan untuk meminta jawapan yang relevan. Tapi, kenapa pula hendak ‘tembak’ kita dengan memberikan kenyataan yang sebegitu? 

''Lagipun, sebagai pihak pengurusan, memang menjadi tanggungjawab kita menjaga kebajikan dan kerjaya seni artis. Sebagai sebuah platform anugerah muzik yang berprestij, kita tidak mahu timbul isu yang tidak sedap didengar apabila orang bertanya mengapa lagu seperti Mimpi tidak masuk Top 5. 

“Kita juga sebenarnya mahu mendengar jawapan daripada pihak pengurusan AIM, bukannya juri dan kita juga tidak menyalahkan pihak juri langsung berhubung perkara ini,” kata wakil FMC Music lagi. 

FMC Music sebelum ini meminta pihak pengurusan AIM menyemak semula keputusan pencalonan Top 5 selepas lagu Mimpi gagal tercalon dalam mana-mana kategori.

Sedangkan, pihak label yang dinaungi penyanyi Haqiem Rusli itu telah menghantar pencalonan dalam enam kategori iaitu Lagu Pop Terbaik, Vokal Lelaki Terbaik, Susunan Muzik Terbaik, Rakaman Lagu Terbaik, Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Drama serta Muzik Video Terbaik. 

Keadaan ini sekali gus mencetuskan keraguan dan tanda tanya di pihak mereka. 

''Jika lagu ini tidak popular dan tidak pernah memenangi apa-apa anugerah besar yang melibatkan penjurian dari panel juri profesional, pasti kami tidak akan mempertikaikan keputusan Top 5 ini,'' memetik semula kenyataan mereka seperti yang dilaporkan Getaran sebelum ini. 

Lagu 'Mimpi' sebelum ini telah memenangi tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu 36 dan diangkat sebagai pemenang Lagu Runut Bunyi Terbaik di Anugerah Drama Sangat pada 2021.

Dalam pada itu, Mukhzani dalam kenyataannya kepada Berita Harian memaklumkan, lagu 'Mimpi' tidak layak kerana gagal memenuhi kriteria syarat utama iaitu karya lagu perlu diterbitkan dari tempoh 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2022, sedangkan Mimpi dihasilkan pada Disember 2019. - Getaran, 5 September 2022. 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN