web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selepas Kunto Aji, Maliq & D’ Essentials Pula Meriahkan Kuala Lumpur!

Maliq & D’Essentials menawarkan persembahan yang menenangkan jiwa sepanjang konsert selama satu jam setengah itu nanti. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 6:03PM

Maliq & D’ Essentials - Gambar dari Fabulous Friday

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Band terkenal Indonesia, Maliq & D’ Essentials dijadualkan terbang ke Malaysia untuk konsert terbaharunya Oktober ini.

Menerusi konsert Fabulous Friday, grup yang pernah memenangi anugerah Album Jazz Terbaik 2008 ini bakal membuat persembahan terbaik selama satu jam setengah dengan iringan pemuzik yang dibawakan khas dari Indonesia. 

“Kami begitu bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh peminat terhadap dua siri Fabulous Friday yang terdahulu. 

“Kedua-duanya mencatat jualan tiket tidak sampai setengah jam, menandakan sebuah sokongan yang sangat positif terhadap industri seni. Jadi untuk Fabulous Friday ketiga, kami dengan berbesar hati membawakan grup muzik beraliran jazz terkenal dari Indonesia untuk para peminat di Malaysia.”

“Muzik yang cukup berkualiti oleh Maliq & D’ Essentials digabungkan dengan nuansa berprestij. Dewan Filharmonik Kuala Lumpur akan memberikan momen yang menarik buat peminat di Malaysia,” ujar Shirazdeen Karim, Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects.

Maliq & D’Essentials yang membawakan konsep dan singkatan dari Music And Live Instrument Quality bakal memberikan para peminat di Malaysia sebuah persembahan yang menenangkan jiwa dan menawarkan momen yang indah.

Tiket-tiket Fabulous Friday: Maliq & D’Essentials akan mula dijual bermula Isnin, 22 Ogos mulai pukul 10 pagi di www.dfp.com.my. Peminat-peminat boleh mendapatkan tiket pada harga RM650 (Meet & Greet), RM375 (diamond) dan RM250 (platinum) untuk menikmati malam tersebut. - Getaran, 18 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 18 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN