web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


THR Gegar Tampilkan Gandingan Dan Personaliti Baharu

Segmen Gegar Petang menampilkan gandingan baharu bersama Ewan dan Rea serta personaliti baharu Aswad Jalil di segmen Gegar Malam.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 12:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya, stesen radio THR Gegar juga turut membuat perubahan dari sudut pengisian kandungan dan personaliti ditampilkan dalam beberapa segmen untuk memantapkan lagi kedudukan mereka di kalangan pendengar di kawasan Pantai Timur.

Raja Nadia Salwana Raja Hisham, Pengurus Kandungan Gegar berkata, pihak kami teruja untuk memperkenalkan para peminat kami di Pantai Timur dengan gandingan baharu di segmen Gegar Petang bersama Ewan dan Rea serta personaliti baharu Aswad Jalil di segmen Gegar Malam.

“Peminat akan terus berhibur dengan pelbagai pengisian menarik yang pastinya menepati permintaan semua dan berharap mereka dapat menikmati pembaharuan ini.

“Kami juga berterima kasih kepada semua peminat atas sokongan mereka untuk personaliti-personaliti dan jenama radio Gegar,” katanya.

Menerusi segmen Gegar Petang yang bersiaran dari jam 3 petang hingga 7 malam, ia menampilkan gandingan baharu Ewan dan Rea dengan pelbagai pengisian yang menarik dan terkini.

Antaranya adalah FYP Ter, di mana Ewan dan Rea berkongsi info terkini serta perkara tular dalam kalangan Komuniti setempat, manakala dalam Jolo Ko Pak Dor, Ewan akan menggayakan watak Pak Dor yang serba tahu dan berkongsi perkara yang menarik minatnya dalam topik gaya hidup, muzik dan makanan.

Kandungan Bbual Sek Kito pula, memberi peluang kepada peminat untuk berinteraksi bersama Ewan dan Rea tentang topik perbualan harian yang menarik.

Terdapat juga Hello Pegawai Farmasi iaitu perkongsian maklumat perubatan daripada tetamu jemputan yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Gali Ilmu di mana peminat boleh bertanyakan soalan dan menerima perkongsian tentang topik kekeluargaan bersama Ustaz Ihsan dan Ustaz Hariri, dua pendakwah bebas di Gegar.

Bagi segmen Gegar Malam yang bersiaran dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam, pendengar-pendengar akan ditemani hos baharu Aswad Jalil yang berasal dari Marang, Terengganu.

Meminati motosikal besar berkuasa tinggi, Aswad akan mengupas lanjut tentang filem yang mendapat undian tertinggi dari pendengar dalam Filem Soho Kita. 

Bagi kandungan Ngeteh Dulu, Aswad akan membawa artis jemputan untuk perkongsian tentang drama dan filem menarik. 

Pembaharuan ini dapat dinikmati sekarang, setiap hari Ahad hingga Khamis di udara dan juga menerusi aplikasi dan laman web SYOK.

Untuk maklumat lanjut tentang personaliti baharu dan pengisian terkini Gegar, layari www.gegar.my atau ikuti Gegar di platform media sosial. - Getaran, 17 Ogos 2022.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...