web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dijayakan Ramai Artis Hebat, Rhythm of Legends Tampilkan Konsert Beramal Sambil Berhibur 

Penganjurnya, CS Excellent menyasarkan 50 peratus hasil kutipan konsert disalurkan kepada enam NGO.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 6:04PM

Konsert Rhythm of Legends akan diadakan di Dewan Plenary KLCC, jam 8.30 malam, pada 29 dan 30 Oktober depan. - Gambar dari CS Excellent

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 2020. 

Menyedari akan hakikat ini, syarikat pengurusan acara CS Excellent dengan kerjasama pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Drug Free Malaysia tampil menganjurkan persembahan amal Rhythm of Legends yang bakal berlangsung di Dewan Plenary KLCC, jam 8.30 malam, pada 29 dan 30 Oktober depan.

Menariknya, konsert amal Rhythm Of Legends menampilkan barisan penyanyi terkenal tanah air seperti Datuk Hattan, Zamani, Mawi, One Nation Emcee, Asmidar dan Rojer Kajol.

Pengarah Urusan CS Excellent, Marinatasha Mustapar berkata, matlamat utama konsert Rhythm of Legends diadakan adalah bagi mengutip dana yang akan disalurkan kepada enam NGO bagi mengisi tabung amal, banjir, golongan asnaf dan artis veteran.

“Dengan adanya persembahan amal ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu dan berkongsi rezeki dengan banyak pihak. 

“Sumbangan yang bakal disalurkan adalah menyeluruh dan kami menyasarkan 50 peratus hasil kutipan konsert disalurkan kepada enam badan NGO,” katanya. 

Menurut Marinatasha lagi, Rhythm of Legends ini adalah persembahan kedua terbesar yang pernah mereka anjurkan. 

“Sebelum ini kami turut menjalankan acara sama iaitu Rock The City di Melaka melibatkan barisan artis seperti Caprice, Hujan, Bunkface, MK Clique, Joe Flizzow dan ramai lagi pada Februari 2020. 

“Sepanjang hampir lima tahun bergiat aktif dalam bidang ini, ada banyak juga program lain yang sudah kami buat,” katanya.

Dari kiri Mawi, Zamani dan Asmidar
Dari kiri Mawi, Zamani dan Asmidar

Menyentuh tentang Rhythm of Legends, Marinatasha memberitahu, konsep persembahan konsert ini nanti akan diiringi Orkestra Tradisional Malaysia (Istana Budaya) di bawah pimpinan Yazid Zakaria.

“Selain lagu-lagu popular daripada koleksi album artis-artis yang bakal beraksi itu sendiri, mereka akan turut menyampaikan lagu-lagu popular artis terkemuka lain  dengan gabungan elemen alat muzik moden dan tradisional.

“Seperti yang kita tahu, ia memang menjadi kepakaran OTM dan pastinya akan memberi suatu kelainan serta kepuasan kepada penonton,” katanya.

Marinatasha yang juga Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia turut mengalu-alukan sumbangan daripada badan korporat dan orang perseorangan yang ingin menyumbang.

Pada masa sama, Marinatasha juga mengajak orang ramai untuk membeli tiket sekali gus boleh berhibur dan menderma.

“Kepada pembeli tiket nanti, mereka bukan saja boleh berhibur tapi juga beramal. Justeru, kami turut mengalu-alukan dan membuka kepada mana-mana badan korporat dan orang perseorangan jika mahu menaja dan menyumbang,” katanya.

Rhythm of Legends bakal dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Saraya Arbi. 

Tiket Konsert Rhythm Of Legends boleh dibeli secara online di https://www.myticket.asia/ bermula hari ini. - Getaran, 10 Ogos 2022.


 

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN