web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hujan Rahmat Di Malam Pertama Pesta Muzik Terbesar Sarawak

Festival tahun ini bertemakan ‘25th Legendary Rainforest Celebration’, umpama kisah kebangkitan Puteri Santubong dari tidur, setelah dua tahun dunia dilanda pandemik COVID-19.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 9:27AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hujan berterusan sejak tengah hari tadi umpama hujan rahmat yang mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Bumi Kenyalang ini untuk menyaksikan Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2022 di Santubong dekat sini malam ini.

Festival tahun ini yang bertemakan ‘25th Legendary Rainforest Celebration’, umpama kisah kebangkitan Puteri Santubong dari tidur, setelah dua tahun dunia dilanda pandemik COVID-19 yang menyebabkan segala aktiviti terhenti.

Tinjauan Bernama mendapati rata-rata pengunjung datang dari dalam negara, manakala jumlah kehadiran pengunjung luar negara tidak begitu memberangsangkan.

Begitupun, pengunjung yang hadir secara fizikal di festival muzik terbesar di Sarawak ini rata-ratanya tidak sabar untuk menonton persembahan yang disajikan terutamanya oleh artis tempatan.

Bagi penulis majalah Gaya Travel Hasif Hamsyari, antara artis tempatan yang ingin beliau saksikan ialah Alena Murang dan At Adau.

“Ini antara festival yang dinanti-nantikan terutama selepas bertahun-tahun tidak dapat menghadiri mana-mana festival seperti ini. Banyak yang saya dengar tentang festival ini daripada rakan-rakan,” katanya kepada Bernama.

Turut teruja untuk menyaksikan persembahan alunan muzik tradisional ialah pengunjung luar Gemelos Vlajero, 24, yang berasal dari Sepanyol.

Menjadikan Borneo sebagai destinasi pilihan, Vlajeros berkata kunjungannya ke Sarawak kali ini dianggap serampang dua mata kerana selain berpeluang menghadiri RWMF, beliau dapat menikmati keindahan flora dan fauna yang terdapat di negeri ini.

“Ini adalah kali pertama saya berada di Malaysia dan semestinya Sarawak. Saya telah menonton sedutan ringkasan RWMF dan ingin menikmati persembahan tradisional di sini.

“Saya bersama kembar saya tiba di sini pada 14 Jun (Selasa). Borneo adalah salah satu tempat yang kami ingin lawati di dunia kerana hidupan liar dan oleh kerana saya tidak tahu banyak tentang perayaan itu, maka atas sebab inilah saya berada di sini."

Baru-baru ini dalam sidang media RWMF, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata berikutan beberapa negara masih melaksanakan sekatan perjalanan, dijangka sejumlah 12,000 pengunjung menghadiri festival ini.

Katanya pengunjung yang tidak dapat hadir secara fizikal boleh menyaksikan RWMF secara maya  melalui tiket berharga RM25, sementara daripada harga tiket yang terjual, RM10 akan disumbangkan untuk Program ecoGreenPlanet yang merupakan inisiatif penghijauan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) melalui penanaman 4,500 pokok bakau.

RWMF 2022 menampilkan penghibur dari pelbagai negara termasuk China, Australia, India, Singapura, Indonesia, Kanada, Estonia, Itali, Jepun, Madagascar, Amerika Syarikat dan Vietnam yang menyaksikan lebih ramai persembahan individu berbanding sebelum ini secara langsung di pentas serta secara maya. - Bernama

Isu Pada

Sentuhan Magis Perunding Hiasan Dalaman

18 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN