web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gitar Kurt Cobain dalam Video Muzik ‘Smells Like Teen Spirit’ Bakal Dilelong

Sejak 12 tahun lalu, gitar itu dipamerkan di Museum of Pop Culture di Seattle, Amerika Syarikat.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 2:16PM

Gambar: Wikipedia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak banyak gitar ternama di luar sana yang setanding dengan instrumen milik Kurt Cobain dalam video muzik kumpulan Nirvana untuk lagu ‘Smells Like Teen Spirit’.

Instrumen yang dianggap sebahagian daripada sejarah muzik ini bakal dilelong buat pertama kalinya pada Mei depan, sebagai sebahagian daripada jualan terbesar 'Music Icons' kendalian rumah lelongan Julien’s Auctions.

Gitar yang bakal dilelong Julien’s Auctions ini adalah jenis gitar kidal Fender Mustang 1969 dengan kemasan berwarna biru. Cobain pernah dilihat menggunakan gitar ini dalam video muzik Nirvana, ‘Smells Like Teen Spirit’, yang turut menampilkan sekumpulan pelajar sekolah menengah.

Video tersebut pertama kali disiarkan pada 29 September 1991 di saluran kabel muzik MTV, yang sekaligus membawa mereka keluar dari arena muzik grunge. Dalam sekelip mata sahaja, kumpulan itu menjadi sensasi dunia. 

Sejak 12 tahun lalu, gitar ini dipamerkan di Museum of Pop Culture di Seattle, Amerika Syarikat bersama beberapa gitar ikonik lain milik Woody Guthrie, Gene Simmons (kumpulan Kiss) dan Eric Clapton. Ini adalah kali pertama gitar tersebut dibuka untuk lelongan.

Menurut Julien’s Auctions, Fender Mustang 1969 ini adalah gitar yang mengubah muzik dunia.

Ia juga cukup bermakna dalam kerjaya muzik Cobain. Penyanyi utama kumpulan Nirvana itu pernah bercerita panjang lebar mengenainya dalam temubual terakhirnya dengan majalah Guitar World pada 1991.

“Saya kidal, jadi agak sukar mencari gitar kidal yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Tapi dalam banyak-banyak gitar di dunia, Fender Mustang adalah kegemaran saya. Saya hanya memiliki dua gitar jenis ini,” katanya ketika itu.

Julien’s Auctions menganggarkan instrumen tersebut mampu meraih antara AS$600,000 (RM2.54 juta) hingga AS$800,000. Angka itu agak jauh berbeza berbanding AS$6 juta hasil lelongan gitar semi-akustik milik Cobain pada 2020 yang pernah digunakan ketika rakaman “MTV Unplugged” Nirvana.

Gitar tersebut melakar sejarah sebagai gitar paling mahal pernah dilelong, sekaligus menewaskan Fender Stratocaster digunakan David Gilmour, gitaris kumpulan legenda British, Pink Floyd.

Sebahagian daripada hasil lelongan Fender Mustang 1969 dan beberapa lagi barangan yang pernah dimiliki bekas penyanyi Nirvana itu akan didermakan kepada 'Kicking The Stigma'.

Inisiatif ini diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Indianapolis Colts, Jim Irsay dan keluarganya bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai  kesihatan mental. - ETX Daily Up

Gambar: ETX Daily Up

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN