web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Harith Zazman Angkat Kisah Diri Yang Tergugat Dalam 'Shut Up'   

Masih memilih genre pop, Harith Zazman cuba membawakan kisah tentang perasaan yang tidak selamat dalam diri terhadap pasangan menerusi lagu baharu, 'Shut Up' yang dinyanyikan secara solo.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 6:11PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas berkolaborasi dengan beberapa penyanyi dan rapper dalam lagu 'Cute (Stop Lah So Being Cute)' dan 'Tak Tahu', penyanyi yang juga pencipta lagu, Mohamad Harith Saifuzzaman atau Harith Zaman, 27, kini tampil dengan lagu solonya sendiri berjudul 'Shut Up'.

Lagu yang turut dicipta dan ditulisnya bersama Mage, Pique dan Fahimi Rahmat itu sudah pun dilancarkan secara rasmi sejak 1 Oktober lalu di bawah terbitan syarikat rakaman, Faithful.

Berkongsi mengenai percubaannya bergerak solo tanpa berkolaborasi dengan mana-mana penyanyi, Harith mengakui ada rasa gementar. 

“Sebelum ini saya berkolaborasi dengan artis lain seperti Loca B dan Tuju. Kali ini pengurus cakap buatlah lagu dan menyanyi secara solo pula. 

“Sebenarnya, saya ini bukanlah bergelar penyanyi dari awal, jadi agak gementar kalau nak buat persembahan tanpa ada orang di sebelah. Itu yang buatkan saya risau. 

“Tapi saya fikir, lama kelamaan kalau nak buat perkara ini serius kena belajar jika mahu terus bergerak solo. Kalau tak, bila lagi nak buat,” katanya. 

Satu lagi kerisauan Harith adalah dari sudut sambutan dan penerimaan pendengar terhadap lagu 'Shut Up' itu.

“Kalau berkolaborasi dengan artis lain sudah tentu peminat mereka akan mendengar sekali. Kali ini saya beraksi secara solo sahaja, pendengar pun berdasarkan peminat saya sahaja, itu yang membuatkan saya sedikit gementar,” katanya. 

Pada waktu yang sama Harith mengakui selesa untuk menyanyikan lagu bergenre pop sama seperti single terdahulu. 

“Saya pilih genre pop sebab saya rasa itu paling sesuai buat masa sekarang. Kalau nak buat balada pun belum masanya lagi. Ini kerana saya masih belajar menyanyi dan mengikuti kelas vokal. Kalau nak nyanyi lagu balada atau bernada tinggi itu, tunggu jika saya sudah betul-betul mahir. 

“Lirik lagu pula memang saya buat berdasarkan pengalaman hidup. Saya berasa susah nak tulis kalau tidak ada pengalaman itu. Macam tiga lagu sebelum ini, saya tulis berdasarkan pengalaman sendiri. Dalam lagu baharu kali ini saya cuba membawakan kisah tentang perasaan tidak selamat terhadap pasangan. 

“Perasaan tergugat ini turut berlaku kepada saya dan selalunya isteri saya yang banyak menenangkan diri saya jika diselubungi perasaan begitu.

“Saya berharap anda boleh enjoy dan menikmati MV ini serta boleh berhenti berasa tidak selamat terhadap pasangan. Paling penting sayangi diri anda kerana orang sekeliling menyayangi anda tidak kira rupa dan bentuk,” katanya.

Tentang video rasmi lagu 'Shut Up' yang telah dilancarkan pada 12 November, Harith cuba membuat kelainan apabila mengetengahkan  konsep idea makhluk asing dan angkasa lepas.

Bahkan, ia turut memaparkan elemen kejutan buat peminat iaitu perkongsian mengenai kehamilan isterinya, Nuramalina Ghakashah yang dikahwini pada 28 Ogos lalu. 

“Untuk pembikinan video muzik 'Shut up' ini, semua idea datang daripada pengarah, Hafreez Aminuddin atau Freeze. Dia memang nak sesuatu yang berbeza daripada saya.

“Dari situ timbulnya idea tentang konsep makhluk asing dan angkasa lepas. Ia mengenai pasangan makhluk asing yang mana isterinya berasa kurang selamat dengan makhluk lain tapi suaminya berada di situ untuk memujuk. 

“Kena tengok betul-betul video muzik ini sebab memang ada babak di mana isteri saya mengandung. Saya sekadar mahu berkongsi berita gembira ini kepada semua,” katanya. 

'Shut Up' boleh didengari di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music dan Joox manakala muzik video rasmi pula boleh ditonton di saluran YouTube Faithful. - Getaran, 1 Disember 2021

Gambar: Faithful Music

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Asalnya Untuk Tayangan Astro First, Tapi Filem Zim Zim Ala Kazim Arahan Mawi Akan Ditayangkan Di Panggung Terlebih Dahulu 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Muna Shahirah Dedah Jana Pendapatan Enam Angka Sebagai Gamers! 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 19 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN