web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsert Slam Mentari Muncul Lagi Kembali Selepas Setahun Tertangguh 

Selepas setahun tertangguh gara-gara pandemik COVID-19, konsert Slam Mentari Muncul Lagi bakal menemui peminat pada Februari tahun hadapan.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 9:09AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah tertangguh gara-gara situasi pandemik COVID-19 yang tidak mengizinkan awal tahun ini, kini peminat-peminat kumpulan Slam boleh menarik nafas lega apabila Konsert Slam Mentari Muncul Lagi bakal direalisasikan pada Februari tahun hadapan. 

Dibawakan khas oleh Shiraz Projects Sdn Bhd, Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur akan bergema dengan rangkaian lagu popular Slam pada 12 Februari 2022, jam 8.30 malam.

Dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, konsert ini akan berlangsung dengan kapasiti 50% kehadiran beserta penjarakkan fizikal. Peminat yang bakal hadir di konsert ini juga diwajibkan membuat ujian kendiri COVID-19 sekurang-kurangnya 48 jam sebelum hari konsert.

Pihak penganjur memandang berat hal ini dan akan memastikan segala SOP diikuti serta mengharapkan agar para penonton yang hadir untuk menyaksikan konsert ini turut mematuhi prosedur yang ditetapkan.

Gabungan vokalis hebat Zamani bersatu dengan pemuzik hebat iaitu Shah (gitar), Eddie (keyboard), Man (dram) dan Lili (bass) akan membawa khalayak mengimbau nostalgia masa lalu sewaktu membesar dengan lagu-lagu 'berhantu' mereka. 

Tiga puluh tahun dalam industri dan melalui pelbagai kenangan pahit manis bergelar anak seni, Slam sentiasa menghadiahkan persembahan bertenaga dan kaya bunyi bagi melengkapkan detik indah buat semua peminat.

“Slam adalah sebuah kumpulan yang sudah lama pihak kami mahu bekerjasama. Impian kami untuk menganjurkan konsert mereka akhirnya jadi kenyataan," ujar Ketua Pengarah Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim.

Shiraz
Shiraz

Slam pernah muncul dengan rangkaian konsert yang sentiasa meninggalkan kesan mendalam di hati peminat. Untuk konsert kali ini mereka merasakan persiapan akan jadi lebih mantap.

Masakan tidak, sudah lama mereka tidak muncul dengan konsert dan selalunya sebelum ini Slam akan mengadakan konsert dua tahun sekali. Pastinya persediaan kali ini ekstra dan lebih rapi. 

“Kalau sebut tentang kelainan, kami boleh katakan susunan muzik akan lebih mantap dan kami membesarkan lagi muzik dan bunyi dengan penambahan instrumen. Selain itu, kami akan menggunakan teknologi moden dengan menyelaraskan visual dan teknik pencahayaan.

"Rasanya ini merupakan batu loncatan untuk Slam memberikan perkara baharu untuk peminat.

“Harapan kami agar Konsert Slam Mentari Muncul Lagi ini menjadi permulaan untuk konsert- konsert kami seterusnya. Banyak perancangan yang sudah terkandas. Ini akan menjadi  pengenalan Slam serius kembali beraksi dan juga hadiah buat para peminat,” tambah Shah.

Slam bersama penganjur di majlis sidang akhbar baru-baru ini.
Slam bersama penganjur di majlis sidang akhbar baru-baru ini.

Sementara itu, Zamani mengakui sedikit tertekan kerana sudah dua tahun tidak membuat persembahan. Namun, masa sama dia gembira kerana akhirnya dapat bertemu dan menghiburkan peminat. 

“Harapan saya moga malam itu saya sihat. Peminat juga dapat datang beramai-ramai kerana apa yang paling penting bagi kami adalah kehadiran mereka”, katanya.

Sebelum ini media melaporkan Zamani mempunyai masalah kesihatan yang melibatkan tulang belakangnya. Ditanya bagaimana dia membuat persediaan untuk konsert dalam keadaan begitu, kata Zamani dia kini beransur pulih setelah menjalani rawatan tradisional. 

“Tidak dinafikan masalah kesihatan ini sedikit sebanyak mengganggu kerana dibahagaian tulang belakang itu terdapat saraf. Kalau terkepit akan jadi masalah. Tetapi saya tidak mahu jadikan masalah ini sebagai alasan kerana kalau boleh saya mahu berikan yang terbaik pada malam konsert nanti,” katanya.

Konsert Slam Mentari Muncul Lagi menawarkan tiket berharga RM 700, RM360, RM260, RM200, RM160, RM130 untuk peminat melakar sejarah bersama mereka.

Orang ramai boleh ke www.myticket.asia untuk tempahan tiket. Bagi informasi atau perkembangan terkini, layari laman sosial Slam dan Shiraz Projects. - Getaran, 1 Disember 2021

Gambar: Shiraz Projects

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 19 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN