web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Red Rahimad, Ezad Lazim Serasi Dalam 'Celup'

Mengetengahkan irama Melayu lama pada bahagian korus, 'Celup' mengisahkan tentang perlakuan individu yang memiliki perwatakan palsu dalam diri. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 6:44PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas melancarkan single 'Cahaya' pada Ramadan lalu, Red Rahimad, 21, kembali dengan single kedua di bawah syarikat rakaman COF Music iaitu 'Celup' dan sekali lagi berkolaborasi dengan Ezad Lazim.

Red Rahimad atau nama sebenarnya, Muhammad Redha Rahimad berkata, dia bertuah kerana Ezad menerima tawaran berkenaan selain menyifatkan kolaborasi mereka sebagai satu rezeki.

“Saya memilih abang Ezad untuk sama-sama menjayakan lagu ciptaan saya ini kerana suaranya sedap. Lagipun, sebelum ini kami pernah bekerjasama menerusi lagu 'Cahaya' yang juga ciptaan saya. 

“Ketika itu saya berborak mengenai lagu 'Celup'. Saya dengar dia menyanyi dan terus jatuh hati dengan suaranya. Jadi, saya minta dia turut serta dalam projek ini," katanya. 

Menurut Red Rahimad, tidak timbul soal Ezad lebih menyerlah berbanding dirinya kerana masing-masing ada peranan dalam lagu 'Celup'.

“Saya tidak mahu memikirkan sangat tentang soal ini. Apa yang penting, melalui kolaborasi ini, peminat akan tertanya-tanya siapa Red Rahimad.

"Kenapa Ezad Lazim berkolaborasi dengan dia? Daripada situ mereka akan buat semakan siapa komposer dan penulis lirik . Kalau bagus, baguslah. Kalau ada kekurangan mereka boleh tegur.

“Suara dan kritikan netizen pun kadang-kadang membantu untuk penambahbaikan dalam penghasilan lagu selepas ini,” katanya. 

Berkongsi lanjut mengenai 'Celup', Red Rahimad berkata, karya itu sudah disiapkan sejak Januari tahun lalu manakala proses rakaman pula dibuat selepas sambutan Aidilfitri tahun ini. 

Red Rahimad selesa bekerja dengan Ezad.
Red Rahimad selesa bekerja dengan Ezad.

Mengetengahkan rentak ‘old school’ yang turut disuntik irama Melayu lama pada bahagian korus, 'Celup' mengisahkan tentang perlakuan seseorang yang memiliki perwatakan palsu dalam diri. 

“Sebagai contoh dalam berkawan masing-masing ghairah pamer hidup mewah untuk paparan media sosial. 

“Dalam percintaan pula, ada yang menggunakan watak lain untuk menarik minat seseorang. Sedangkan hakikatnya itu bukan dirinya yang sebenar. 

“Ini yang saya fikir sewaktu menulis lagu dan lirik ini. Tidak ada perubahan lirik langsung sebelum proses rakaman dibuat kerana saya menggunakan gaya bahasa yang bersahaja. 

"Apa yang pasti, lagu ini mengisahkan tentang sikap, perilaku, perbuatan atau apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan palsu, tiruan atau celup," katanya. 

Lagu dan video muzik 'Celup' telah pun dilancarkan secara rasmi pada 22 Oktober lalu  di saluran YouTube COF Music. - Getaran, 24 November 2021

Gambar: Red Rahimad

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Ewah Berlenggok-Lenggok! Ezad Lazim, Salma Nyanyi Lagu Berentak Hindustan Pula

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aiman Tino Rancang Jadi Penerbit Program ‘Travelog’

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Ayu Damit Nafi Lagu ‘Kejam’ Yang Berkisar Tentang Kecurangan Punya Kaitan Dengan Isu Syamsul Yusof 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 19 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN