web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 12:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Namaku Padamu’- Sissy Imann 

Penyanyi bervokal unik Sissy Imann kembali menceriakan dunia muzik tempatan dengan sebuah lagi karya menarik berjudul 'Namaku Padamu'. Berbanding lagu-lagu terdahulu yang kebanyakan berirama rancak, kali ini Sissy mempertaruhkan sebuah balada yang memberi peluang kepadanya untuk bermain dengan nada suaranya yang langka. Dicipta oleh Firdaus Rahmat bersama Omar K dengan lirik nukilan Firdaus Rahmat sendiri, lagu ini bermula dengan perlahan namun membina momentum ke arah korusnya. Malah, korusnya mudah diingati dan bridgenya juga membuka kesempatan Sissy menunjukkan kehebatan nyanyiannya. Sesuatu yang segar dan wajar diberi pujian. Tahniah Sissy.  

 

‘Jangan Terlepas Pandang’ - Wani Kayrie   

Catchy! Itu yang mampu saya simpulkan tentang karya terbaharu Wani Kayrie yang berjudul 'Jangan Terlepas Pandang'. Lagu ciptaan dan ditulis oleh Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan Asyraf Nasir ini pasti akan membuat penonton ingin turut sama bergoyang dan berdansa. Apatah lagi, Wani mempunyai suara yang bagus jadi itu menghidupkan lagi karya ini. Tidak dilupakan, korusnya juga mudah diingati dan ini memberi peluang lagu ini untuk melekat dalam minda para pendengar. Semoga lagu ini dapat mengukuhkan lagi kedudukan wani dalam industri seni suara Malaysia.

 

‘Kata’ - Hafiy Halim feat. Leo Din & Boi Tasik

Seorang lagi penyanyi baharu memasuki ruang udara muzik Malaysia dan cubaan pertama ini wajar diberi pujian. Selain menampilkan muzik yang moden dan rancak, Hafiy Halim juga mempunyai suara yang merdu. Malah warna vokalnya mengingatkan saya kepada beberapa penyanyi muda masa kini kerana kemiripan gaya nyanyian dan nada suaranya. Selain itu lagu ini juga menampilkan dua penyanyi lain iaitu Leo Din dan Boi Tasik yang menyelitkan sedikit sulaman rap di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Jika diberi ruang promosi yang lebih besar, lagu dan penyanyi karya ini mungkin mempunyai peluang yang lebih hebat. Tahniah di atas permulaan yang baik buat ketiga-tiga artis yang terbabit dalam projek ini.

 

‘What Went Wrong’  -  Izat Ibrahim

Sejak pertama kali mengulas karya penyanyi Singapura ini saya sudah jatuh cinta dengan muzik yang dipertaruhkan. Segar, moden dan mengikut perkembangan zaman, Izat Ibrahim seperti sudah tahu apa yang perlu ada dalam lagu masa kini. Kali ini Izat tidak mengecewakan peminatnya lagi lewat karya Bahasa Inggeris berjudul ‘What Went Wrong’. Dicipta oleh Izat Ibrahim bersama Jimmy The Goat dan Itsdatboyinblvck dengan lirik oleh Itsdatboyinblvck bersama Izat sendiri, lagu ini  mempunyai sulaman melodi R&B yang diselingkan dengan sedikit nuansa disko. Diperkaya dengan suara merdu Izat, lagu ini mengingatkan saya juga kepada karya Bruno Mars 'The Weeknd' dan yang seangkatan dengannya. Sungguhpun dihasilkan dalam bahasa Inggeris, lagu ini mempunyai potensi diminati ramai.

 

‘Tetap Bertahan’ - Rieyz Bahar

Sebuah balada dari Rieyz Bahar mewakili Brunei Darussalam untuk senarai ulasan lagu minggu ini. Lagu berjudul 'Tetap Bertahan' ini dicipta dan ditulis oleh pemuzik terkenal Brunei,  Ezueone dan menampilkan vokal merdu Rieyz Bahar. Lagunya sedap didengar dan tidak terlalu rumit dari segi susunan dan gubahan. Berkat suara penyanyinya yang menenangkan, karya ini juga menjadi enak sebagai halwa telinga buat mereka yang sukakan lagu yang lebih perlahan dan sedikit syahdu. Mempunyai semua formula yang perlu ada dalam lagu balada, ia pasti diminati oleh pencinta balada sejati serantau. - Getaran, 24 November 2021

 

Berita Berkaitan

1

Indie 4 tahun yang lalu

‘What We Said’ Lagu Sentuhan Nafas Baharu, Lust dan I-Sky

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 18 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN