web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kemenangan Lagu ‘Sifar’ Di Toronto Hadiah Buat Malaysia!

'Sifar' dinobatkan sebagai juara sekali gus mengetepikan 289 penyertaan yang terdiri daripada 40 buah Negara sempena Kongres Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dunia XXII.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 6:08PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemenangan besar lagu Sifar di acara International Media Festival For Prevention (IMFP) bertempat di Toronto, Kanada, semalam adalah antara hadiah termanis yang diberikan anak seni tempatan buat negara tahun ini.

Kmy Kmo ketika dihubungi Getaran masih terkejut dengan berita gembira ini dan merasakan usaha kerasnya menghasilkan 'Sifar' membuahkan hasil. Kmy turut menyifatkan kemenangan ini cukup bermakna buat negara sempena Hari Malaysia.

“Kemenangan ini di luar jangkaan saya dan pasukan yang terlibat. Apa yang kami usahakan untuk 'Sifar' adalah sama seperti karya-karya kami terdahulu. Fokus diberikan sepenuhnya sewaktu menulis lirik, gubahan lagu dan susunan muzik. Begitu juga semasa sesi rakaman.

“Usaha kami membuahkan hasil dan ia cukup bermakna sempena Hari Malaysia kerana kami berjaya bawa nama negara sebagai juara pertandingan antarabangsa," katanya. 

Berita gembira itu dikongsi sendiri Kmy Kmo menerusi Instagram apabila dia memuat naik sebuah video pendek pengumuman pemenang dengan kapsyen bersyukur di atas kejayaan itu. 

Lagu Sifar yang juga merupakan runut bunyi filem Warkah itu diterbitkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi meningkatkan kesedaran rakyat dalam mencegah kemalangan jalan raya terutama dalam kalangan generasi muda.

Lagu tersebut menyelitkan elemen Vision Zero iaitu transformasi terhadap aspek pencegahan menggabungkan elemen keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan yang diperkenalkan Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA).

Lagu nyanyian Kmy Kmo, Asfan Shah, Tripdisz itu berjaya menewaskan 289 penyertaan lain yang terdiri daripada 40 buah Negara dalam kategori 'Music is Key' sempena Kongres Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dunia XXII. 

IMFP adalah acara mengiktiraf filem dan karya multimedia yang mengangkat tema keselamatan serta kesihatan pekerjaan yang diadakan setiap tiga tahun. Keputusan pemenang diumumkan sempena majlis pembukaan kongres tersebut. - Getaran, 23 September 2021

Gambar: Instagram @kmy__kmo

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN