web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usahawan Arab Saudi Tanam 100,000 Pokok, Hasilkan 20 Tan Pisang Setahun

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2021 10:49AM

Ladang pisang milik Zulekha - Arab News

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mekah - Seorang usahawan wanita, Zulekha Al-Kaabi berjaya menanam lebih 100,000 pokok pisang yang mampu menghasilkan 20 tan pisang dengan keuntungan RM12.9 juta setiap tahun di bandar Jazan, selatan Arab Saudi.

Projek berkenaan dilancarkan pada tahun lepas dan ia ditanam di atas tanah seluas 500,000 meter persegi.

''Pisang dituai ketika berwarna hijau. Ia diletakkan di dalam peti sejuk selama 24 jam sebelum disembur dengan gas ethylene selama 24 jam lagi. Gas itu membantu proses pematangan.

''Pisang kemudian disejukkan hingga berubah menjadi kuning,'' katanya seperti yang dipetik dari Arab News.

Menurut Zulekha, sebelum ini pisang akan dimasukkan ke dalam satu lubang besar dan ditutup dengan daun sehingga keesokan harinya untuk menyediakan suhu dan gas yang sesuai untuk membolehkan pisang masak.

Namun kini, kaedah itu katanya tidak diperlukan lagi susulan kemajuan dalam bidang pertanian.

Menurut Zulekha, penanaman pisang mempunyai pulangan ekonomi yang sangat baik kerana buah-buahan tropika dihasilkan setiap hari selama enam bulan.

''Pengalaman mengembara ke seluruh dunia dan pengalaman dalam akuakultur banyak membantu saya,'' katanya.

20 tan pisang dihasilkan setahun di kebun Zulekha - Gambar Arab News
20 tan pisang dihasilkan setahun di kebun Zulekha - Gambar Arab News

Setelah berjaya menanam strawberi di sebuah ladang di Mekah, Zulekha memutuskan untuk menanam pisang dan menambah bahawa iklim di Jazan hampir menyamai Kenya serta Uganda.

Zulekha juga telah menyewa sebuah kawasan besar di Jazan selama 20 tahun dengan setiap pokok dan alat-alat di ladang akan diberikan kepada pemilik ladang termasuk kilang pembungkusan serta mesin pada akhir tempoh sewa.

''Matlamat saya bukan hanya untuk menambahkan pendapatan tetapi berusaha untuk membantu golongan petani di situ kerana produk mereka rata-rata dijual di bawah harga pasaran,'' katanya. - Arab News

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad