web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 36,000 Pekerja Kilang Thailand Dijangkiti COVID Sejak April

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2021 8:36AM

Seorang sukarelawan memeriksa paras oksigen seorang pesakit COVID-19 yang menjalani kuarantin di rumah di Thailand. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Lebih 36,000 pekerja kilang di 49 wilayah di Thailand disahkan positif COVID-19 sejak gelombang penularan terbaru pada April tahun ini, menurut data Kementerian Perindustrian.

Berdasarkan data tersebut, sejumlah 36,861 pekerja di 518 kilang disahkan positif, pada Khamis.

Industri paling teruk terjejas termasuk pemprosesan makanan (99 kilang), elektronik (74 kilang), pakaian (47 kilang), logam (42 kilang) dan plastik (36 kilang).

Thai PBS melaporkan Phetchaburi mendahului senarai, dengan 4,464 kes dilaporkan melibatkan pekerja kilang. Wilayah lain ialah Phetchabun (3,487), Prachuap Khiri Khan (2,538), Samut Sakhon (2,496) dan Songkhla (2,209 kes).

Sementara itu, Thailand semalam menerima kumpulan pertama 1.5 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 sumbangan  Amerika Syarikat (AS). 

Memetik kenyataan Kedutaan AS di Thailand, objektif sumbangan itu adalah untuk membantu menyelamatkan nyawa kerana ‘kita tidak selamat sehinggalah semua orang selamat’. 

"Kami gembira mendengar Kerajaan Thailand komited untuk mengedarkan vaksin ini secara adil kepada semua rakyat dan mengutamakan mereka yang paling berisiko," menurut kenyataan itu. 

Selain itu, Kuasa Usaha Kedutaan AS, Michael Heath berkata sumbangan itu adalah sebahagian daripada janji Presiden Joe Biden untuk membantu rakan, rakan kongsi dan sekutu AS dalam memerangi pandemik global ini.

"Sumbangan vaksin ini bukti persahabatan kita. Kami bersama-sama dengan anda, ” katanya.

Kerajaan AS akan menghantar satu juta lagi dos vaksin COVID-19.

Menurut timbalan jurucakap kerajaan, Traisuree Taisaranakul berkata, vaksin yang disumbangkan AS akan digunakan sebagai suntikan booster untuk petugas perubatan barisan hadapan serta kumpulan berisiko tinggi dan golongan yang mudah dijangkiti penyakit. 

Thailand juga akan menerima 415,000 dos vaksin AstraZeneca disumbangkan United Kingdom, yang dijadualkan tiba bulan depan. 

Sementara itu, Thailand mencatat 17,345 kes baharu COVID-19 dan 117 kematian, dalam tempoh 24 jam, menambah jangkitan keseluruhan kepada 549,512 dan 4,679 kematian.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata kes baharu itu melibatkan 17,337 jangkitan tempatan dan lapan kes import. Angka itu termasuk 681 banduan.

Beliau berkata kematian baharu membabitkan 62 lelaki dan 55 wanita berusia antara 33 hingga 92 tahun termasuk lima warga Myanmar.

"Jumlah pesakit di hospital di seluruh negara hampir mencecah 200,000. Sehingga kini, sejumlah 192,526 pesakit masih berada di hospital dan hospital medan termasuk 4,595 dalam keadaan kritikal dan 1,012 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya pada taklimat harian COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad