web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jemaah Antarabangsa Boleh Tunai Umrah Mulai 10 Ogos

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 1:58PM

Jemaah Umrah antarabangsa boleh menunaikan ibadah berkenaan mulai 10 Ogos ini. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Riyadh - Mulai 1 Muharram 1443 atau 10 Ogos, umat Islam di seluruh dunia boleh menunaikan ibadah Umrah selepas kerajaan Arab Saudi pada Ahad telah mengumumkan kebenaran berkenaan, susulan kejayaan pengendalian ibadah Haji lalu.

Bagi penduduk warga negara Arab Saudi dan penduduk di negara itu, Umrah dibenarkan bermula semalam, demikian menurut Saudi Press Agency (SPA).

Bagaimanapun terdapat beberapa syarat yang ditetapkan termasuk lengkap dua dos suntikan vaksin dan hanya mereka yang berusia 18 tahun ke atas dibenarkan.

Manakala penerbangan terus dibenarkan kecuali dari negara India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan yang memerlukan penduduknya kuarantin selama 14 hari di negara ketiga sebelum tiba di Arab Saudi.

Pada bulan Februari tahun lepas, ibadah Umrah telah digantung susulan penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, pada Oktober 2020, kerajaan Arab Saudi membuka semula ibadah Umrah namun hanya dihadkan kepada warga negara dan warga asing yang menetap di negara berkenaan sahaja, dengan kira-kira 6,000 jemaah sahaja dibenarkan sehari.

Tahun ini, seramai 58,518 jemaah menunaikan ibadah Haji dengan 32,816 adalah jemaah lelaki dan bakinya adalah wanita.

Tahun ini merupakan tahun kedua di mana kerajaan Arab Saudi terpaksa mengurangkan jumlah jemaah haji.

Pada 2020, hanya 10,000 orang dibenarkan menunaikan Haji akibat COVID-19. - Saudi Press Agency (SPA)

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad