web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Di Jerman, Angka Korban Meningkat Lebih 80 Orang

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2021 2:44PM

Gambar yang dirakamkan pada 15 Julai 2021 menunjukkan sebuah jambatan yang musnah selepas dilanda banjir di Echtershausen, berhampiran Bitburg, barat Jerman. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Angka korban akibat banjir di Jerman semakin meningkat dengan setakat ini 80 orang terkorban, manakala berpuluh yang lain dilaporkan masih hilang.

Dua negeri yang paling teruk dilanda banjir adalah Rhineland-Palatinate dan North Rhine-Westphalia, dengan masing-masing merekodkan angka korban sebanyak 50 dan 30 orang .

Malam tadi, pihak berkuasa di Ahrweiler menjangkakan angka korban akan meningkat ketika mereka cuba mengesan mangsa yang masih hilang.

Sementara di bandar Bad Neuenahr-Ahrweiler sahaja, lebih 1,000 anggota terlibat dalam misi menyelamat dijalankan pada Khamis, dan ia masih diteruskan. 

 
Banjir Besar Di German #GetaranMY

Jumlah korban akibat banjir di Jerman semakin meningkat dengan setakat ini 80 orang dilaporkan terbunuh, manakala berpuluh yang lain masih hilang. Dua negeri yang paling teruk dilanda banjir adalah Rhineland-Palatinate dan North Rhine-Westphalia, dengan masing-masing merekodkan angka korban sebanyak 50 dan 30 orang. #GetaranMY | #Global

Posted by Getaranmy on Thursday, July 15, 2021

Dalam pada itu, Datuk Bandar Rhineland-Palatinate, Malu Dreyer berkata, bencana yang menimpa itu amat mendukacitakan.

''Ada yang meninggal, ada yang hilang, masih ramai yang dalam bahaya...kita tidak pernah menyaksikan bencana seumpama ini,'' katanya.

Keadaan di kawasan terlibat umpama dilanda tsunami.

Rumah-rumah ditenggelami air, kereta terbalik, pokok-pokok tercabut sementara beberapa daerah terputus hubungan. Di Ahrweiler, beberapa rumah runtuh sepenuhnya.

Hujan lebat yang luar biasa telah menyebabkan air sungai melimpah dan tebing pecah hingga membanjiri kawasan berhampiran. Bencana ini juga mengakibatkan bekalan elektrik terputus, hingga beratus ribu rumah terpaksa bergelap.

Bencana ini menjadikan agenda perubahan iklim sebagai tumpuan dalam kempen pilihan raya Jerman menjelang pengundian di Parlimen pada 26 September ini. 

Dalam pada itu, Canselor Jerman, Angela Merkel yang dalam lawatan ke Washington melahirkan kebimbangan akan nasib mereka yang masih hilang.

''Empati saya kepada semua yang terlibat dalam bencana ini dan mereka yang kehilangan insan tersayang, atau dalam kebimbangan memikirkan nasib orang yang masih hilang,'' katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa kerajaannya tidak membiarkan mereka yang terlibat mengalami kesengsaraan sendirian,'' katanya. - theguardian.com

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad