web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kaganasan Di Afrika Makin Parah, Rakyat Mula Ambil Tindakan Sendiri

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 11:33AM

Polis melepaskan tembakan peluru getah terhadap seorang lelaki yang dipercayai suspek mencuri di sebuah pusat membeli-belah di Vosloorus, Afrika Selatan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan menggunakan kayu, senjata api dan besi, operator bas mini menjalankan rondaan di sebuah pusat beli-belah, bagi menghalang premis berkenaan dimusnahkan oleh penyangak, yang turut mencuri barang-barang di dalamnya, sekali gus menambahkan lagi keganasan susulan rusuhan yang berlaku di Afrika Selatan.

Mereka berbuat demikian kerana bimbang akan hilang pendapatan disebabkan pembeli dan kakitangan tidak lagi ke pusat beli belah, menyebabkan berpuluh-puluh operator bas mini memutuskan untuk mengambil tindakan sendiri bagi menghalang penyangak berkenaan.

Mereka meronda di pusat membeli-belah Chris Hani, berhampiran perbandaran Johannesburg, menyeret suspek penyangak dan kemudiannya memukul dengan ganas.

Kedengaran suara jeritan dan tembakan senjata api ke udara ketika kumpulan berkenaan memukul suspek dengan kayu dan rotan.

Salah seorang daripada suspek cuba melarikan diri namun dipukul dengan botol kaca di kepala sebelum diseret semula dengan darah memenuhi lehernya.

Polis dan askar tidak kelihatan dan berhampiran pintu masuk utama ke tempat letak kereta yang besar, kumpulan itu menangkap suspek dengan tangan mereka diikat.

"Pusat beli-belah dipecah masuk, orang tidak bekerja....kami kini terkurung,'' kata seorang pemandu teksi, Abel.

Dalam pada itu, kerajaan memaklumkan seramai 25,000 anggota tentera akan dikerahkan untuk mengawal keadaan bagi membendung keganasan yang masuk hari keenam.

Tindakan itu diambil susulan kebimbangan keganasan berkenaan akan menyebabkan bekalan bahan api dan makanan terjejas selain mengakibatkan gangguan kepada sektor perkilangan, pertanian serta gas.

Bagaimanapun Timbalan Menteri Pertahanan, Nosiviwe Mapisa-Nqakula tidak memaklumkan kepada Parlimen bila askar berkenaan akan turun je jalanan.

Kerajaan kini berdepan tekanan untuk menghalang kegasanan itu dengan segera. Menurut persatuan pengguna, dianggarkan 800 perniagaan telah dipecah masuk.

Setakat ini, 72 orang telah terbunuh manakala lebih 1,200 orang ditahan sejak bekas Presiden Jacob Zuma memulakan hukuman penjara selama 5 bulan. - AFP

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad